AGENDA

Jangkitan terus melonjak kepada 11,618, Selangor kekal di paras 5,000 kes

14 Jul 2021, 7:46 AM
Jangkitan terus melonjak kepada 11,618, Selangor kekal di paras 5,000 kes
Jangkitan terus melonjak kepada 11,618, Selangor kekal di paras 5,000 kes

SHAH ALAM, 14 JULAI: Jangkitan Covid-19 terus meningkat kepada 11,618 kes hari ini berbanding 11,079 kes semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data di Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menunjukkan kes di Selangor kekal lebih 5,000 dengan 5,051 kes dicatat, sedikit menurun berbanding 5,263 semalam.

Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan terus mencatat kes melebihi 1,000. Bandar raya itu merekodkan 1,749 kes, sedikit meningkat berbanding 1,521 kes semalam, manakala Negeri Sembilan pula 1,537 kes berbanding 1,033 semalam.

Pada 8 Julai, Dr Noor Hisham menjangka peningkatan jumlah kes di Selangor dan Kuala Lumpur susulan pertambahan saringan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekarang.

Pecahan kes Covid-19 bagi negeri/wilayah lain:

Melaka - 526

Kedah - 504

Pahang - 400

Johor - 396

Sarawak - 289

Sabah - 286

Kelantan - 236

Pulau Pinang - 210

Terengganu - 189

Perak - 164

WP Labuan - 38

WP Putrajaya - 40

Perlis - 3