KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika cuba membantu rakannya yang tergelincir ketika berswafoto berdekatan kawasan empangan di jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bahru, Selangor, petang tadi.
PETALING JAYA, 18 SEPT: Seorang bapa datang seawal jam 8 pagi hari ini membawa anaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) ke program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku.
SEPANG, 18 SEPT: Polis Selangor menafikan terdapat kesan bengkak pada badan seorang tahanan yang meninggal dunia di lokap ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada Isnin lepas.
CAMERON HIGHLANDS, 18 SEPT: Kewujudan satu badan khas bagi memantau dan menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran tempatan perlu direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Datuk Seri Ronald Kiandee.
HULU KELANG, 18 SEPT: Dato’ Menteri Besar meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights di sini hari ini.
SHAH ALAM, 18 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor turun ke paras bawah 2,000 hari ini dengan merekodkan 1,995 kes berbanding 2,646 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 15 SEPT: Tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian serta pusat perkembangan minda dibenar beroperasi di negeri fasa satu dan dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
PELABUHAN KLANG, 15 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI tampil menghulurkan sumbangan kepada vokalis kumpulan rock terkenal XPDC yang mengalami masalah jantung tersumbat dan semput.
KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Harga runcit petrol RON95, RON97 serta diesel kekal, masing-masing pada paras RM2.05, RM2.73 dan RM2.15 seliter, bagi tempoh bermula esok hingga 22 Sept ini.
SHAH ALAM, 15 SEPT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam penilaian menawarkan tajaan latihan persekutuan kepada doktor kontrak melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.
SHAH ALAM, 14 SEPT: Kerajaan akan meminda Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan untuk menambah jawatan timbalan yang dipertua Dewan Rakyat kepada tiga dengan satu daripadanya diisi wakil pembangkang.
SHAH ALAM, 14 SEPT: Jangkitan Covid-19 seluruh negara hari ini turun lagi kepada 15,669 kes berbanding 16,073 yang direkodkan semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 14 SEPT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan pasukan khas bagi menghantar segera bekalan peralatan kesihatan ke negeri yang merekodkan peningkatan kes Covid-19.
SHAH ALAM, 14 SEPT: Projek naik taraf sistem perparitan di Batu 30, Ulu Yam, Hulu Selangor yang bernilai RM4.2 juta diharap dapat mengurangkan masalah banjir berlarutan sejak sembilan tahun lalu.
Oleh Rohani Mohd Ibrahim KUALA LUMPUR, 14 SEPT: Terdapat 213 makanan Malaysia yang disenaraikan sebagai warisan kebangsaan (kategori warisan tidak ketara) termasuk nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Turut tersenarai adalah pulut tetal atau pulut tai tai, makanan warisan masyarakat Baba dan...
SHAH ALAM, 14 SEPT: Sebanyak 61 kes baharu varian membimbangkan (VOC) dikesan dalam negara antara 31 Ogos sehingga semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 14 SEPT: Majikan diingatkan supaya mengambil serius dalam memastikan semua pekerja mereka lengkap divaksin sebelum memulakan operasi perniagaan.
GEORGE TOWN, 14 SEPT: Hospital Pulau Pinang (HPP) tidak membenarkan seorang pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) untuk pulang ke rumah kerana berisiko menyebarkan wabak tersebut sekiranya keluar dari hospital.
KUALA LUMPUR, 14 SEPT: Pemilihan timbalan yang dipertua Dewan Rakyat yang baharu adalah antara tumpuan persidangan Parlimen hari ini.
SHAH ALAM, 13 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor hari ini turun kepada 1,947 kes, paras angka yang hampir sama pada 15 Jun lalu iaitu 1,996.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.