ad
AGENDA

Lama tunggu janji temu MySejahtera, bapa bawa anak OKU terima Selvax

18 Sep 2021, 12:11 PM
Lama tunggu janji temu MySejahtera, bapa bawa anak OKU terima Selvax
Lama tunggu janji temu MySejahtera, bapa bawa anak OKU terima Selvax
Lama tunggu janji temu MySejahtera, bapa bawa anak OKU terima Selvax

PETALING JAYA, 18 SEPT: Seorang bapa datang seawal jam 8 pagi hari ini membawa anaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) ke program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku.

Taufiq Abu Talib, 45, berkata anaknya Akmal Haziq, 18, teruja menerima vaksin selepas sekian lama menunggu tarikh janji temu menerusi MySejahtera yang tidak kunjung tiba.

"Saya dan isteri lengkap divaksinasi tetapi sampai hari ini anak masih belum dapat tarikh dari MySejahtera. Program hari ini pun kumpulan WhatsApp jiran tetangga maklumkan dan tanpa fikir panjang saya bawa anak ke sini.

"Bimbang juga jika menunggu terlalu lama memandangkan anak saya golongan berisiko," katanya yang memuji proses vaksinasi disifatkan mudah dan pantas.

[caption id="attachment_488014" align="alignleft" width="279"] Sivaganti Batumale[/caption]

Sementara itu, Sivaganti Batumale, 35, berkata janji temu yang diterimanya menerusi MySejahtera sebelum ini terpaksa dibatal kerana beliau demam.

"Saya tahu mengenai program ini melalui Facebook dan terus daftar di aplikasi SELangkah. Saya harap Kerajaan Selangor meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang," katanya.

[caption id="attachment_488015" align="alignright" width="281"] Mosharaf[/caption]

Manakala, warga asing Mosharaf, 29, berkata beliau dibawa majikannya untuk divaksinasi supaya boleh mula bekerja seperti biasa selepas ini.

"Sebelum ini saya tidak boleh kerja kerana belum disuntik. Harap selepas divaksin terdapat beberapa kelonggaran termasuk membenarkan kami warga asing pulang ke kampung halaman," katanya yang telah sembilan tahun menetap di Malaysia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.