SHAH ALAM, 29 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjaya mengutip hasil sebanyak RM175.8 juta setakat Mei berbanding anggaran RM388.7 juta tahun ini.
SHAH ALAM, 29 JUN: Sebanyak 100 pertambahan kes demam denggi dilaporkan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam tempoh seminggu.
PADANG BESAR, 29 JUN: Polis Perlis sedang giat mengesan dalang utama yang dipercayai membekalkan ribuan data peribadi kepada sindiket penipuan pendaftaran kad SIM prabayar secara tidak sah.
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Department of Livestock Development Thailand (DLD) bersetuju menambah baik tatacara teknikal pengimportan lembu hidup dari negara jiran itu bagi memenuhi keperluan bekalan penyembelihan ibadah korban di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Pusat Komuniti Kebun-Kebun Bangsar di sini, kerana berlakunya pelanggaran syarat Lesen Pendudukan Sementara (LMS) bagi maksud nurseri.
PUTRAJAYA, 28 JUN: Nombor telefon merupakan data peribadi yang paling berharga ketika ini dan berisiko digunakan pihak tidak bertanggungjawab sama ada untuk mengaut keuntungan atau menganiaya seseorang, kata Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Mazmalek Mohamad.
KOTA BHARU, 28 JUN: Seorang peniaga hari ini dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) terdedah dengan dadah jenis methamphetamine dan morfin.
SHAH ALAM, 28 JUN: Pemeriksaan kesihatan percuma diteruskan hujung minggu ini di tiga lokasi termasuk di Jelajah Selangor Penyayang bermula 9 pagi hingga 5 petang.
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Polis menumpaskan kumpulan Tiger yang aktif dalam pelbagai kegiatan jenayah sejak 2009 selepas penahanan seorang peniaga sayur dipercayai ahli terakhir kumpulan itu, Ahad lepas.
SHAH ALAM, 28 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berhubung pertukaran nama Persiaran Institut di Seksyen 1 di sini.
GOMBAK, 28 JUN: Seramai 110 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali dibawa menonton filem Mat Kilau secara percuma di pawagam TGV Aeon Rawang di sini, malam tadi.
PADANG BESAR, 28 JUN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita tujuh kenderaan dipandu pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) menerusi Op Pemandu Warga Asing (Op PeWA) yang bermula 1 April lepas hingga hari ini.
KUALA LANGAT, 27 JUN: Menu makan tengah hari diusahakan seorang usahawan di Kampung Sungai Lang, Banting di sini kian mendapat permintaan penduduk sekitar sejak bernaung di bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).
SHAH ALAM, 27 JUN: Kerajaan Negeri akan memudahkan urusan pinjaman Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) bagi melahirkan lebih ramai wanita berjaya dalam perniagaan.
PUTRAJAYA, 27 JUN: Pengguna domestik kategori kediaman serta pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri di Semenanjung Malaysia tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2022 melalui pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).
GOMBAK, 27 JUN: Sebanyak RM84,000 diperuntuk Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) bagi sambutan Hari Ibu di 42 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini.
KUALA LANGAT, 27 JUN: Jelajah Selangor Penyayang memberi peluang kepada pengunjung khususnya anak muda mengenali lebih dekat peranan agensi negeri yang belum diketahui mereka.
KUALA NERUS, 27 JUN: Kegembiraan tiga beradik bermain di padang permainan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut disengat tebuan, di Kampung Tok Jembal, kira-kira 5.40 petang semalam.
KUALA LANGAT, 27 JUN: Status sebagai wanita tidak menghalang Nur Amalina Syam Tabri bergelumang dengan najis lembu dan kambing untuk mengurus ternakan yang menjadi sumber pendapatan sejak lima tahun lalu.
SHAH ALAM, 27 JUN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menganjurkan Ekspo Usahawan Selangor 2020 (SELBIZ2022) pada 3 dan 4 September ini bagi membantu peniaga kecil mengembangkan produk jualan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.