AGENDA

Umat Islam negara ini sambut Aidiladha 10 Julai

29 Jun 2022, 12:28 PM
Umat Islam negara ini sambut Aidiladha 10 Julai

KUALA LUMPUR, 29 JUN: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 10 Julai ini (Ahad), menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1443 Hijrah ialah pada Jumaat, 1 Julai 2022 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.