SHAH ALAM, 25 OGOS: Lapan daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling Jaya, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat hingga jam 2 petang ini.
SHAH ALAM, 25 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan khidmat penghantaran secara percuma kepada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang ingin ke pusat rawatan.
SHAH ALAM, 25 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 kekal pada paras semalam iaitu 2,631 kes semalam dengan 16 kematian dilaporkan.
SHAH ALAM, 25 OGOS: Syarikat teknologi maklumat Gogolook memberi jaminan data pengguna aplikasi Whoscall bagi mengesan panggilan palsu tidak akan terdedah kepada mana-mana pihak.
SHAH ALAM, 23 OGOS: Beberapa pokok berusia yang sudah reput dan mati di Pantai Morib ditebang pagi tadi demi menjaga keselamatan dan keselesaan pengunjung.
BENTONG, 23 OGOS: Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Genting Highlands Hulu Selangor yang dirasmi hari ini membabitkan pembangunan tanah seluas lebih 400 ekar di sempadan negeri ini dan Pahang.
KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Sebanyak 18 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi laluan kepada program sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Caj perkhidmatan yang jauh lebih murah dikenakan selain dijanjikan perkhidmatan sanitasi seluruh kediaman, mendorong seorang wanita di Shah Alam yang terpikat untuk mengambil perkhidmatan pembersihan yang ditawarkan secara dalam talian, lebih-lebih lagi ketika itu dia sekeluarga dijangkiti Covid-19.
SHAH ALAM, 23 OGOS: Lebih 250 kilogram (kg) sisa pepejal diproses Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk dijadikan baja kompos dan bahan bakar semalam.
KUANTAN, 23 OGOS: Mayat seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemukan di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin pada Ahad.
SHAH ALAM, 23 OGOS: Selebriti tanah air Datuk Rosyam Nor antara selebriti yang bakal menyertai Ekspo Usahawan Selangor 2022 (SELBIZ2022) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 3 dan 4 September ini.
SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menawarkan potongan sebanyak 50 peratus bagi permohonan membuat wasiat sempena bulan kebangsaan.
KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Sepasang kekasih ditahan selepas disyaki mendera wanita Orang Kurang Upaya (OKU) masalah saraf di sebuah rumah di Lembah Jaya Selatan, Taman Sri Intan Ampang dekat sini, malam tadi.
SHAH ALAM, 21 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga berkata ramai wakil rakyat mahu program saringan kesihatan percuma diteruskan pada masa hadapan.
KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di atas sofa di hadapan sebuah kedai makan di Taman Bahtera, Ulu Bernam, Hulu Selangor, semalam.
SHAH ALAM, 21 OGOS: Seorang ibu mengendong bayinya berusia empat bulan selain tiga lagi anak memanjat bumbung rumah susulan rumah meraka dinaiki air akibat hujan lebat semalam.
SHAH ALAM, 21 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 terus menurun kepada 2,793 dengan lima jangkitan luar negara berbanding 3,490 kes dilaporkan semalam.
KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Skandal pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) merupakan jenayah yang dirancang sejak awal demi kepentingan sendiri, kata Rafizi Ramli.
SHAH ALAM, 21 OGOS: Sebanyak sembilan pasukan menyertai pertandingan pemuzik jalanan (busking) anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sempena kempen Jalur Gemilang semalam.
IPOH, 20 OGOS: Seorang ustaz dan tiga warden yang ditahan berhubung kematian seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar akibat kecederaan parah selepas mengamuk pada Rabu, direman seminggu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.