AGENDA

2,631 kes baharu, 16 kematian akibat Covid-19

25 Ogos 2022, 2:37 AM
2,631 kes baharu, 16 kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 25 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 kekal pada paras semalam iaitu 2,631 kes semalam dengan 16 kematian dilaporkan.

Menurut data di laman sesawang https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,727,125 kes dengan 34,970 daripadanya kes aktif.

Sementara itu, jumlah keseluruhan maut pula meningkat kepada 36,177 kes yang mana lima daripadanya merupakan kematian di luar hospital.

Setakat semalam, 33,500 kes menjalani kuarantin kendiri, 1,379 kes menerima rawatan di hospital, 67 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 31 kes di pusat kuarantin sementara.

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU seluruh negara sebanyak 63.9 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 18.0 peratus.