SHAH ALAM, 5 SEPT: Selepas melawat Museum Of The Future, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor turut berkenan melawat Perpustakaan Mohammed Bin Rashid Library (MBRL) ketika di Dubai, UAE baru-baru ini.
SHAH ALAM, 5 SEPT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjemput orang ramai memeriahkan Karnival Ekstrem Gua Damai pada 10 dan 11 September depan.
SHAH ALAM, 5 SEPT: Seramai 16,565 peniaga dan penjaja kecil menyertai Platform Selangor (PLATS) untuk meluaskan rangkaian perniagaan setakat 31 Ogos lalu.
SHAH ALAM, 4 SEPT: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menganjurkan program Jejak Perwira sempena bulan kemerdekaan bagi merai wira negara yang masih hidup di sekitar daerah berkenaan.
PETALING JAYA, 4 SEPT: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memperkenal beberapa produk baharu di program Jualan Prihatin Rakyat di Kota Damansara hari ini.
SHAH ALAM, 4 SEPT: Sepasang suami isteri warga asing ditahan polis selepas didakwa mencabul remaja perempuan berusia 12 tahun manakala isterinya mengugut untuk membunuh mangsa.
PUTRAJAYA, 4 SEPT: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengutip RM3.5 bilion bagi hasil negara setakat 30 Ogos lepas berbanding RM2.5 bilion bagi tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
SHAH ALAM, 4 SEPT: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa mengikuti Jelajah Pendidikan Selangor Penyayang di Gombak esok dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
SHAH ALAM, 4 SEPT: Sebanyak 2,240 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan di negara ini semalam, sedikit menurun berbanding 2,328 kes sehari sebelumnya.
SHAH ALAM, 4 SEPT: Seorang remaja lelaki maut manakala enam termasuk bayi cedera selepas kereta dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 59.5, Jalan Ipoh-Gerik semalam.
KUALA LANGAT, 3 SEPT: Hampir 50 jemaah haji sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib tahun ini menerima insentif Haji Muassasah termasuk wang tunai berjumlah RM500.
SHAH ALAM, 3 SEPT: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melupuskan sampah haram di tapak kitar semula di Bagan Pasir, Tanjung Karang susulan aduan awam minggu lalu.
KUALA BERANG, 3 SEPT: Orang ramai terutama masyarakat setempat dinasihatkan supaya menangguhkan seketika aktiviti riadah di kawasan rekreasi seperti air terjun dan sungai yang berisiko dilanda kepala air.
TANGKAK, 3 SEPT: Polis mencari seorang wanita Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan berkaitan ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid.
SHAH ALAM, 3 SEPT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menguatkuasakan pelaksanaan zon tempat letak kereta dua jam bermula Khamis lalu.
SHAH ALAM, 3 SEPT: Sebanyak 2,328 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini setakat semalam yang mana tiga daripadanya kes import, lapor laman sesawang COVIDNOW.
SHAH ALAM, 3 SEPT: Seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditinggalkan tanpa pakaian di gerai menjual makanan di sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah pagi semalam.
Oleh Tourism Selangor Menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga semasa cuti sekolah adalah yang terbaik boleh anda miliki. Semua perkara anda boleh lakukan pada hujung minggu dan semasa cuti sekolah di negeri Selangor yang indah ini. Tourism Selangor memilih enam aktiviti utama untuk...
KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
SHAH ALAM, 1 SEPT: Dato' Menteri Besar mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti Jelajah Pendidikan Selangor Penyayang yang bermula hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.