KUALA LUMPUR, 23 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai ribuan jemaah Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak menunaikan solat hajat bagi memohon kesejahteraan rakyat dan negara serta perlindungan dari musibah banjir.
KUALA LUMPUR, 23 DIS: Inflasi Malaysia kekal di paras 4.0 peratus pada November 2022 yang menyamai bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
SHAH ALAM, 21 DIS: Mayat kanak-kanak perempuan yang merupakan mangsa ke-25 tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Batang Kali ditemui.
BANGKOK, 20 DIS: Hujan lebat berterusan sejak Ahad menyebabkan sembilan wilayah ditenggelami air, menjejaskan lebih 64,000 isi rumah di selatan Thailand.
BATANG KALI, 20 DIS: Anggota penyelamat menemukan selimut, tong dan peralatan perkhemahan di sektor C (Riverside) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini yang memasuki hari kelima hari ini.
BATANG KALI, 20 DIS: Anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya tidak berputus asa dan patah semangat dalam menjalankan tugas pencarian yang kini memasuki hari kelima.
PASIR MAS, 20 DIS: Ketika individu lain memilih untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kediaman masing-masing mula dinaiki air, dua keluarga memilih untuk berteduh di dalam kereta dan lori.
BATANG KALI, 20 DIS: Seramai 29 daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat sini, adalah kanak-kanak.
Oleh DIANA ABD WAHAB SHAH ALAM, 20 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerah sumbangan berjumlah RM1.03 juta kepada 81 pertubuhan Islam bukan kerajaan (PIBK) bawah naungannya hari ini. Pengerusinya berkata sumbangan diberi berdasarkan komitmen pertubuhan terbabit dalam menangani isu...
SHAH ALAM, 20 DIS: Mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan meningkat kepada 65,621 orang susulan fenomena Monsun Timur Laut setakat jam 4 petang ini.
KUALA TERENGGANU, 20 DIS: Kerajaan Terengganu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Selangor atas keprihatinan dan sumbangan RM500,000 untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.
PERMAISURI, 20 DIS: Seramai 1,641 mangsa dari 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu terpaksa dipindahkan ke lokasi lain selepas PPS yang menempatkan mereka dinaiki air sejak semalam.
SHAH ALAM, 20 DIS: Dato' Menteri Besar menziarahi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis di Hospital Selayang.
Oleh AZIAN AZIZ SHAH ALAM, 19 DIS: Warga Selangor diminta mengemas kini fungsi Selangor Mental Sihat (Sehat) 2.0 di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah). EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah perlu kerana aplikasi berkenaan telah dikemas kini dengan beberapa...
Oleh TOURISM SELANGOR Musim kemeriahan telah tiba. Pusat beli-belah kini dihiasi dengan dekorasi Krismas yang cantik dan kreatif. Hiasan ini membawa kegembiraan dan menyemarakkan semangat perayaan anda. Ambil gambar dan 'outfit of the day' (OOTD) terbaik anda di lapan pusat beli-belah utama di...
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN SHAH ALAM, 19 DIS: Kira-kira 141 lokasi terjejas akibat banjir dan tanah runtuh sejak fenomena Monsun Timur Laut melanda hingga jam 2 petang ini. Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Twitter memaklumkan kerosakan itu membabitkan 53 jalan persekutuan dan 88 jalan...
SHAH ALAM, 19 DIS: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menyenaraikan lima lokasi berisiko tanah runtuh di Selangor.
SHAH ALAM, 19 DIS: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) memasang kanvas di kawasan cerun Seksyen 13.200, berhampiran lokasi tragedi tanah runtuh di Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor semalam.
SHAH ALAM, 19 DIS: Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat baharu selepas memperoleh undi sokongan tertinggi dari ahli Dewan Rakyat.
BATANG KALI, 19 DIS: Memasuki hari keempat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini diteruskan hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.