AGENDA

Mangsa bah Terengganu, Kelantan kini lebih 65,000, 596 PPS dibuka

20 Dis 2022, 10:22 AM
Mangsa bah Terengganu, Kelantan kini lebih 65,000, 596 PPS dibuka

SHAH ALAM, 20 DIS: Mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan meningkat kepada 65,621 orang susulan fenomena Monsun Timur Laut setakat jam 4 petang ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi info grafik memaklumkan sebanyak 596 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kedua-dua negeri itu.

Di Kelantan mangsa banjir membabitkan 26,513 orang daripadda 7,460 keluarga dengan 135 PPS beroperasi.

Terengganu pula seramai 39,108 orang daripada 10,725 keluarga dengan 462 PPS dibuka.

Tiga negeri lain turut terjejas banjir iaitu Pahang dengan 873 mangsa, Perak (54) dan Johor (53).