KUALA LUMPUR, 6 JAN: Lima lelaki termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak di sebuah padang di Bandar Gamuda, Rawang, semalam.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Empat anggota polis ditahan kerana disyaki memiliki air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Yew Lai di sini, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Pemilik Perodua Bezza, S Nagakanni yang mendakwa kenderaan dibelinya pada Oktober lalu rosak tidak sampai lapan jam selepas dibeli, memaklumkan syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bersetuju untuk membeli semula keretanya dengan harga penuh.
SUBANG JAYA, 6 JAN: Kerajaan Negeri giat melakukan persiapan bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak pada Ogos ini.
KLUANG, 6 JAN: Pemberian makanan bungkus oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara hanya akan diberi pada hari pertama PPS dibuka.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 106 pendatang tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Pangsapuri Seri Cempaka, Rawang awal hari ini.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Seorang pelajar lelaki yang tular menerusi media sosial kerana memukul berkali-kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar telah ditahan polis awal pagi tadi.
JELI, 6 JAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan lebih RM50 juta bagi kerja membaik pulih jalan runtuh dan rosak di seluruh negara yang terjejas semasa banjir baru-baru ini.
KANGAR, 3 JAN: Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara di sini pada 30 Dis lepas.
SHAH ALAM, 3 JAN: Warga Ampang berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa empat motosikal apabila membayar cukai taksiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Kerja naik taraf Stadium Merdeka yang menjadi lokasi kejohanan bola sepak Piala Sultan Selangor (TSSC) Ogos ini siap sepenuhnya hujung Februari.
PUTRAJAYA, 3 JAN: Proses pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) tidak akan ditangguhkan memandangkan beberapa isu teknikal yang dibangkitkan telah segera diselesaikan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
GUA MUSANG, 3 JAN: Kira-kira 50 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Bujuk, Pos Bihai, di sini, terpaksa membina bangsal sementara di atas bukit selepas penempatan mereka diceroboh gajah liar sejak semalam.
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Pertandingan bola sepak Piala Sultan Selangor (TSSC) yang tertangguh empat tahun susulan Covid-19 bakal dianjur semula 17 Ogos ini di Stadium Merdeka.
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan tidak berubah setakat 12 tengah hari tadi, melibatkan 26 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.
SHAH ALAM, 3 JAN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) buat julung kali menganjur Hackathon Data dan Digital 2024 dalam usaha menyumbang kepada kemajuan pendigitalan industri perkhidmatan air.
SHAH ALAM, 2 JAN: Pembinaan pasar pagi baharu di Jalan Besar, Seri Kembangan yang bermula pertengahan tahun ini akan mengetengah konsep moden, berteknologi hijau dan mesra alam.
BAITULMAQDIS, 2 JAN: Israel memutuskan untuk menghadiri pendengaran kes berkaitan “tindakan genosid di Gaza” yang difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Hague, Belanda, Xinhua memetik laporan laman sesawang Israel Ynet petang Isnin.
KUALA LUMPUR, 2 JAN: Sejumlah 598,635 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Dis tahun lepas.
BANDARAYA GAZA, 2 JAN: Lebih kurang 10,000 pesakit barah di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan barah terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel, lapor Agensi Anadolu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.