ad
AGENDA

Piala Sultan Selangor: Baik pulih Stadium Merdeka selesai hujung Februari

3 Jan 2024, 10:45 AM
Piala Sultan Selangor: Baik pulih Stadium Merdeka selesai hujung Februari
Piala Sultan Selangor: Baik pulih Stadium Merdeka selesai hujung Februari

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Kerja naik taraf Stadium Merdeka yang menjadi lokasi kejohanan bola sepak Piala Sultan Selangor (TSSC) Ogos ini siap sepenuhnya hujung Februari.

Pengerusi jawatan kuasa TSSC berkata setakat ini kerja pembaikan semua kemudahan siap hampir 70 peratus dan baki hanya melibatkan trek larian serta lampu.

“Untuk aspek padang dan rumout, semua sudah siap dilaksana cuma perlu selenggara dan potong.

“Kita yakin keseluruhan proses dapat disiapkan sepenuhnya mengikut jadual hingga hujung Februari,” kata Tan Sri Abd Karim Munisar.

Terdahulu beliau membuat lawatan dan meninjau kerja baik pulih stadium berkenaan.

[caption id="attachment_621792" align="alignnone" width="829"] Pengerusi Piala Sultan Selangor (TSSC) Tan Sri Abd Karim Munisar membuat lawatan dan meninjau kerja membaik pulih Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 3 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Piala berprestij melibatkan perlawanan tradisi dengan Singapura kembali diadakan pada 17 Ogos depan selepas tertangguh empat tahun susulan Covid-19.

Abd Karim berkata 20,000 penonton dijangka memeriahkan perlawanan berkenaan dengan tiket dijual pada harga serendah RM10.

Kali terakhir TSSC diadakan pada 2019 yang mana Pilihan Selangor menewaskan Pilihan Singapura 1-0.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.