KUALA LUMPUR, 4 MEI: Acara Baca Puisi Nanggala 402 secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom akan diadakan pada 8 Mei dari 10 malam hingga 12 tengah malam, sebagai menzahirkan kesedihan dan simpati terhadap tragedi tenggelamnya kapal selam KRI Nanggala 402 di perairan Bali, Indonesia.
SHAH ALAM, 4 MEI: Tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menolak permohonan geran penerbitan filem 'Angel of Sandakan' bermotifkan politik, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 4 MEI: 'Kelabu', 'Anarki di Kuala Lumpur', 'Ngeri' adalah antara judul yang tidak asing lagi buat peminat buku Indie yang begitu popular sekitar tahun 2006. Fenomena 'indie' yang tercetus daripada penulis bebas dalam industri buku Malaysia pernah mencapai zaman...
SHAH ALAM, 4 MEI: Polis menemukan mayat seorang wanita dipercayai rakyat tempatan di tepi Sungai Rambai, Bestari Jaya, Kuala Selangor, dekat sini pada Jumaat.
PUTRAJAYA, 4 MEI: Tahap kesanggupan, kesediaan dan kerjasama masyarakat untuk bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah meningkat setiap tahun sejak 2018, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil.
KUALA LUMPUR, 4 MEI: Skim persaraan swasta (PRS) melebihi RM5 bilion dalam jumlah nilai aset bersih (NAV) setakat ini, dengan setengah juta rakyat Malaysia menabung untuk persaraan mereka, mewakili peningkatan sebanyak 43 peratus daripada RM3.5 bilion setakat 31 Disember 2019.
KUALA LUMPUR 4 MEI: Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang didakwa memukul seorang lelaki warga asing dalam kejadian di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, yang tular di media sosial.
KUALA LUMPUR, 2 MEI: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan meneruskan penganjuran kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2021 selagi kuota pemain mencukupi.
BANGKOK, 2 MEI: Thailand mencatat 21 kes kematian baharu akibat Covid-19, yang tertinggi bagi tempoh dua hari berturut-turut dan menjadikan jumlah kematian setakat ini ialah 245 sejak pandemik itu melanda negara tersebut pada Januari tahun lepas.
SHAH ALAM, 2 MEI: Keceriaan terpancar pada wajah 94 anak yatim dan asnaf apabila dibawa memilih kelengkapan baju Raya oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) sebagai persiapan menjelang Syawal.
KUALA LUMPUR, 2 MEI: Polis telah memanggil empat individu untuk memberi keterangan berhubung isu pelanggaran tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada majlis berbuka puasa di sebuah hotel, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 2 MEI: Seramai 555,288 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
SHAH ALAM, 2 MEI: Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian Covid-19 dari India dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1, kata menteri kesihatan.
KAJANG, 2 MEI: Kerajaan Selangor meluluskan pembinaan 80,650 unit Rumah Selangorku Idaman dan Rumah Selangorku Harapan menerusi 41 projek.
KUALA LUMPUR, 2 MEI: Slot vaksin AstraZeneca Covid-19 bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor telah ditempah sepenuhnya hanya dalam tempoh tiga jam 20 minit, selepas pendaftaran dibuka pada 12 tengah hari tadi.
SHAH ALAM, 2 MEI: Sekretariat Akhbar Dato' Menteri Besar Selangor mengesahkan bahawa kenyataan yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor akan dilaksanakan sama ada 4 Mei atau 5 Mei 2021 adalah palsu.
KAJANG, 2 MEI: Pusat vaksin Covid-19 dibuka di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam bagi mempercepatkan urusan suntikan imunisasi berkenaan.
SHAH ALAM, 2 MEI: Kes positif baharu Covid-19 naik kembali atas angka 3,000 apabila sebanyak 3,418 kes direkodkan hari ini berbanding 2,881 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 415,012 kes.
KAJANG, 2 MEI: Selangor bersedia dalam semua aspek sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dikuatkuasakan di negeri ini, kata Dato’ Menteri Besar.
JOHOR BAHRU, 2 MEI: Lebih 800 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyatakan hasrat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing setakat ini susulan keputusan kerajaan membenarkan pelajar pulang sempena Hari Raya Aidilfitri.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.