WASHINGTON 8 JAN: Iran melepaskan sekurang-kurangnya 12 roket ke pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan tentera bersekutunya di Ain al-Asad dan Irbil, di Iraq, hari ini.
SHAH ALAM, 8 JAN: Selangor mencatatkan penurunan 1,528 kes daripada 19,810 kejadian jenayah berbanding tahun lalu, kata ketua polis negeri.
SHAH ALAM, 7 JAN: Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis menggesa projek penempatan lembu terbiar di Olak Lempit, Kuala Langat dipercepatkan bagi mengatasi isu haiwan itu berkeliaran dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya serta penduduk.
SHAH ALAM, 7 JAN: Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) membantu empat sekolah yang menerima kesan sampingan di jajaran pembinaan Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 (LRAL2) kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Hadi Ali.
SHAH ALAM, 7 JAN: Kerajaan Negeri menerusi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor memperuntukkan RM1.68 juta pada 2020 bagi membantu 16,800 pelajar kurang berkemampuan.
TAIPING, 30 DIS: Jenazah jurukamera Bernama News Channel (BNC) Muhammad Ariffin, 62, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Senduk, Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering dekat sini selepas solat Zohor hari ini.
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Bank Islam Malaysia Bhd memperkenalkan aplikasi mudah alih, SnapNPay, untuk memudahkan pengguna menyalurkan sumbangan kepada Sadaqa House, iaitu inisiatif kewangan sosial yang telah dilancarkan oleh bank itu pada awal tahun ini.
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Tahun 2018 merupakan tahun yang agak cemerlang buat sukan bola sepak Malaysia, yang menyaksikan skuad Harimau Malaya kembali mengaum di pentas antarabangsa dan mendapatkan kembali keyakinan penyokong.
OLEH NADIAH ZAMLUS SUBANG JAYA, 30 DIS : Ilmu pendidikan diantara aspek yang membantu anak pelarian Rohingya daripada terjerumus melakukan aktiviti negatif. Pengurus Besar Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim), Mohd Hakim Mohd Nor berkata, ketiadaan pendidikan yang baik buat...
OLEH ZAREEF MUZAMMIL BATU CAVES, 30 DIS: Festival Belia Ekstrem Antarabangsa Selangor 2018 (#SIYEF2018) diyakini mampu merancakkan industri pelancongan negeri dan memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan. EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal...
DHAKA 30 DIS: Rakyat Bangladesh keluar mengundi hari ini selepas kempen pilihan rayanya dicemar keganasan menyaksikan Perdana Menteri Sheikh Hasina cuba kekal untuk penggal ketiga berturut-turut berdepan musuh ketatnya Khaleda Zia, yang masih dipenjara.
SHAH ALAM, 30 Disember 2018 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan tular pekeliling LZS di media sosial dan whatsapp.
KOTA KINABALU, 30 DIS: Seorang anggota bomba cedera dipercayai terkena renjatan elektrik ketika operasi memadamkan kebakaran sebuah rumah separuh kekal di Jalan Lotong, Kampung Lotong, dekat Kota Marudu, semalam.
DUBAI: Sebuah helikopter penyelamat terhempas semalam di Ras Al-Khaimah, mengorbankan semua empat anggotanya, kata agensi berita rasmi Emiriah Arab Bersatu (UAE) WAM.
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Jurukamera Bernama News Channel (BNC) Mohammad Ariffin, 62, meninggal dunia awal pagi tadi.
LINCOLN 30 DIS: Seorang petugas kesihatan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin terdedah kepada virus Ebola ketika merawat pesakit di Republik Demokratik Rakyat Congo tiba di AS semalam dan dikuarantin di Nebraska.
PUTRAJAYA, 30 DIS: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini di landasan tepat dalam menguruskan pentadbiran negara dengan usaha-usaha menangani hutang negara dan menurunkan harga barang sedang dilakukan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
OLEH SHEEDA FATHIL KUALA SELANGOR, 30 DIS: Seramai 180 kanak-kanak yang bakal memasuki Tahun Satu pada 2019 menerima sumbangan "Back To School" daripada Ahli Dewan Negeri Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli. Juwairiya berkata, program sumbangan "Back To School" itu anjuran bersama Pusat...
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter yang melanda wilayah Governor Generoso dan Davao Oriental di Mindanao, selatan Filipina, pagi semalam.
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya PC Oman Ventures Ltd, (PCOVL) telah menyelesaikan transaksi pengambilalihan kepentingan 10 peratus dalam Blok 61 medan gas Al Khazzan Oman daripada Makarim Gas Development LLC (MGD).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.