NASIONAL

Anggota Bomba cedera terkena renjatan elektrik di Kota Marudu

30 Dis 2018, 4:18 AM
Anggota Bomba cedera terkena renjatan elektrik di Kota Marudu

KOTA KINABALU, 30 DIS: Seorang anggota bomba cedera dipercayai terkena renjatan elektrik ketika operasi memadamkan kebakaran sebuah rumah separuh kekal di Jalan Lotong, Kampung Lotong, dekat Kota Marudu, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa Latif Muhamar Sabindo Latapa, 28, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dilaporkan mengalami kebas badan sebelum dihantar ke Hospital Kota Marudu menggunakan ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Keadaan mangsa dilaporkan stabil, dan beliau telah dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan, pihaknya menerima laporan kecemasan pada jam 8.25 malam sebelum sepasukan bomba BBP Kota Marudu bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan sebuah lori tangki air.

Kebakaran itu memusnahkan rumah terbabit selain turut melibatkan sebuah kenderaan yang terbakar sepuluh peratus.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi ditamatkan pada 10.57 malam, katanya.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.