SHAH ALAM, 30 MAC: Sebanyak 12 lagi hospital ditambah bagi merawat pesakit Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 38 sehingga kini, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 30 MAC: Selangor mencatatkan peningkatan 60 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 672 kes sehingga 6 petang hari ini, kata Dato' Menteri Besar.
JELEBU, 30 MAC: Jalan utama menghubungkan daerah Jelebu dengan Hulu Langat, Selangor ditutup hari ini sebagai langkah mengekang penyebaran Covid-19 di daerah itu.
SHAH ALAM, 30 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil langkah berjaga-jaga terhadap warganegara yang kembali dari luar negara berikutan dibimbangi membawa Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 30 MAC: Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, mulai tengah malam ini hingga 13 April depan.
SHAH ALAM, 30 MAC: Sejumlah 300 ujian saringan Covid-19 dibuat setiap hari terhadap penduduk Kampung Sungai Lui sekali gus bakal membabitkan lebih 3,000 penduduk dalam Daerah Hulu Langat berkenaan, kata ketua pengarah kesihatan.
KUALA LUMPUR, 30 MAC: Polis menggerakkan unit dron pasukan itu bagi menjalankan pemantauan di tujuh kampung di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor yang dikenakan tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula hari ini.
SHAH ALAM, 30 MAC: Jumlah pesakit sembuh daripada Covid-19 terus meningkat kepada 91 menjadikan jumlah keseluruhan ialah 479, kata ketua pengarah kesihatan.
KUALA LUMPUR, 30 MAC: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia diunjurkan pada -3.5 peratus tahun ini, menurut Affin Hwang Capital.
SHAH ALAM, 29 MAC: Hospital swasta di Selangor bersedia untuk menerima pesakit bukan Covid-19 bagi meringankan beban hospital seliaan Kementerian Kesihatan (KKM) yang ketika ini menangani wabak berkenaan, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 29 MAC: Kerajaan Selangor menyediakan penginapan hotel percuma kepada petugas barisan hadapan yang berusaha mengekang penularan wabak Covid-19, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.
SHAH ALAM, 29 MAC: Proses nyahcemar bagi membendung wabak Covid-19 sudah dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor secara berperingkat sejak minggu lalu, kata EXCO kerajaan tempatan.
SHAH ALAM, 29 MAC: Polis menahan lapan lelaki warga asing yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila solat Zuhur berjemaah, di Klang, semalam.
SHAH ALAM, 29 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengagihkan sumbangan makanan asas kepada pesakit dialisis di Sungai Besar bagi membantu keperluan mereka.
SHAH ALAM, 29 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuat tanda jarak sosial satu meter di semua lantai pasar awam bagi mengelak pengunjung bersesak ketika membeli barang keperluan.
SHAH ALAM, 29 MAC: Tarikh Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di negeri ini berkemungkinan berubah, kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
SHAH ALAM, 29 MAC: Dua pensyarah dan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi sukarelawan bagi menghasilkan pelindung muka untuk petugas barisan hadapan memerangi wabak Covid-19.
SHAH ALAM, 29 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua berita berkenaan Covid-19 yang tular di media sosial adalah palsu.
SHAH ALAM, 28 MAC: Satu lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah yang maut meningkat kepada 27, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM 28 MAC: Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipinda 16 November hingga 7 Disember ini, berikutan penularan wabak Covid-19.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.