BERITA UTAMA

60 kes baharu Covid-19, MB mahu rakyat terus lawan wabak

30 Mac 2020, 12:43 PM
60 kes baharu Covid-19, MB mahu rakyat terus lawan wabak

SHAH ALAM, 30 MAC: Selangor mencatatkan peningkatan 60  kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 672 kes sehingga 6 petang hari ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter mahu rakyat negeri ini menang bagi menentang penularan wabak maut berkenaan.

"Patuhilah arahan pihak berkuasa dan duduk di rumah masing masing. Kita harus menang dalam pertempuran ini," tulisnya.

Menerusi data Kementerian Kesihatan (KKM), Selangor mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 672 berbanding 579 pada 28 Mac.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 396 kes, Johor Baharu (333), Sabah (201), Perak (184), Negeri Sembilan (172), Sarawak (135) dan Kelantan (127).

Sementara Pahang pula sehingga kini mencatatkan 99 kes, Pulau Pinang (88), Kedah (77), Melaka (50), Terengganu (47), Putrajaya (24), Perlis (11) dan Labuan (10).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.