KUALA TERENGGANU, 5 OKT: Seorang warga emas yang hilang selepas keluar ke kebun di Kampung Basung, Hulu Terengganu ditemukan maut dipercayai diserang gajah liar.
KUALA LUMPUR, 5 OKT: Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya, Selangor mencatatkan penurunan jumlah mangsa manakala situasi di Perak tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat 5 petang ini.
SHAH ALAM, 5 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda tujuh daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 9 malam.
SHAH ALAM, 5 OKT: Usahawan Bumiputera digesa mendapatkn sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memperluaskan rangkaian perniagaan ke peringkat lebih tinggi.
SUNGAI BULOH, 5 OKT:Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
SHAH ALAM, 3 OKTOBER: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menegaskan semua sembilan Raja-Raja Melayu perlu ada kesatuan dan kesepaduan yang utuh termasuk saling membantu ketika berdepan permasalahan rakyat jelata.
SHAH ALAM, 3 OKT: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menawarkan bantuan modal khusus kepada usahawan wanita negeri ini yang ingin berniaga kecil-kecilan.
SEREMBAN, 3 OKT: Dakwaan cubaan menculik seorang murid darjah lima berhampiran sebuah sekolah di Kuala Pilah seperti yang tular di laman sosial hari ini adalah palsu.
Daripada Mohd Haikal Mohd Isa ISLAMABAD, 3 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi keperluan bagi setiap negara memiliki asas ekonomi yang utuh dalam mendepani cabaran dan asakan ketidaktentuan global. Bercakap di Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan (NUST) di sini hari...
PETALING JAYA, 3 OKT: Selangor mencipta kejayaan pertama di pentas kejohanan Asia selepas lapan tahun apabila skuad Gergasi Merah itu menewaskan kelab Filipina Dynamic Herb Cebu FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam ini.
SELAYANG, 3 OKT: Program Selangor 1000 Digital yang diperkenalkan tahun ini bagi membantu usahawan mempeluaskan perniagaan mendapat sambutan menggalakkan, kata Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 3 OKT: Festival kebudayaan yang mempamerkan keunikan seni dan makanan warisan akan dianjurkan di sembilan daerah sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
KUALA LUMPUR, 3 OKT: Seorang penjaga rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan didakwa esok atas tuduhan mendera kanak-kanak yang berada di bawah jagaan satu daripada rumah berkenaan.
SHAH ALAM, 3 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak hingga 1 pagi.
ISKANDAR PUTERI, 3 OKT: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang bayi perempuan berusia dua bulan berada dalam keadaan lemah dan cedera ketika diambil oleh ibunya dari rumah pengasuh pada 4 Sept lepas.
SHAH ALAM, 3 OKT: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di 10 lokasi pada hujung minggu ini Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung...
PUTRAJAYA, 3 OKT: Selangor menandatangani Perjanjian Operasi dan Pengurusan Tanah Rizab Paya Indah Wetlands (PIW) bagi menggalakkan pembangunan pelancongan yang menyokong pemuliharaan biodiversiti.
PUTRAJAYA, 3 OKT: Polis menahan seorang pelajar lelaki institusi pengajian tinggi swasta bagi membantu siasatan kes pukul di jalan raya di Dengkil dekat sini dan turut merampas pengunci stereng yang digunakan untuk mencederakan mangsa.
SHAH ALAM, 3 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling hingga 9 malam.
KUALA LUMPUR, 3 OKT: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengarahkan agar pegawai dan anggota polis yang disahkan positif dadah dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di Sungai Petani, Kedah semalam digantung tugas serta-merta.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.