SINGAPURA, 31 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk mempertahankan kepaksian Asean dan menggalakkan pendirian berkecualinya secara aktif.
JOHOR BAHRU, 30 MEI: Bekas Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima suapan RM10,000, lima tahun lepas.
SHAH ALAM, 30 MEI: Pogram saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor diadakan di Dewan Kampung Sungai Buaya (DUN Batang Kali) esok, mulai 9 pagi hingga 3 petang.
SHAH ALAM, 30 MEI: Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM1 juta untuk melaksana program Talaqqi Al-Quran secara berguru menerusi Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS).
IPOH, 30 MEI: Sebanyak 28 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres terselamat apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Kamunting, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 30 MEI: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mencerminkan kekayaan warisan tradisi serta keharmonian masyarakat majmuk negara di mata dunia.
KUALA LUMPUR, 30 MEI: Premis yang dipercayai menempatkan ribuan pendatang tanpa izin di Selayang Utara, dekat sini diserbu pihak berkuasa dalam Operasi Kachi malam tadi dengan 225 premis kediaman dan perniagaan diperiksa.
SHAH ALAM, 30 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan 172 kompaun bagi kesalahan membuang sampah secara haram di kawasan pentadbirannya hingga 22 Mei lepas.
SHAH ALAM, 30 MEI: Usahawan di negeri ini yang memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan boleh memohon pembiayaan ditawarkan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor).
KOTA KINABALU, 30 MEI Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap wartawan di Malaysia dapat terus bersemangat dalam memainkan peranan mereka memajukan negara selain melaporkan pahit getir yang dihadapi rakyat kini.
GOMBAK, 30 MEI: Sejumlah RM50,000 diperuntuk untuk program pembangunan infrastruktur dan sosial di setiap kampung Orang Asli di seluruh negeri.
GOMBAK, 29 MEI: Sambutan Hari Orang Asli Sedunia peringkat negeri pada tahun ini akan dianjurkan di Kampung Kelingsing, Sepang pada 9 Ogos depan.
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz SINGAPURA, 28 MEI: Pasangan beregu badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaga mengatasi badi kekalahan mereka terhadap pasangan Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dari Jepun di Terbuka Singapura sekali gus menempah tempat ke suku akhir. Pemenang pingat gangsa...
SHAH ALAM, 29 MEI: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menguatkuasakan larangan pengambilan pekerja asing sebagai pembantu di semua gerai dan kios mulai Ahad ini.
KOTA KINABALU, 29 MEI: Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke gaung di Kampung Moyog, Penampang dekat sini, malam tadi.
PUTRAJAYA, 29 MEI: Kecekapan, dedikasi dan semangat kerja berpasukan semua pihak menjadi faktor utama kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke-46, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 23 MEI: Jumlah kilang tanpa kebenaran (KTK) di seluruh Selangor menunjukkan penurunan selepas penguatkuasaan dan program pemutihan yang dijalankan secara berterusan.
Oleh Kenny Teng BANGKOK, 23 MEI: Malaysia melaksanakan pelbagai langkah menyeluruh di bawah inisiatif Kerjasama Rentas Sempadan dengan Thailand melalui Projek Penambahbaikan Muara Sungai Golok, bagi menangani masalah banjir berulang serta meningkatkan kualiti hidup penduduk di sepanjang sungai...
Oleh N.
KOTA BHARU, 23 MEI: Polis menahan seorang lagi suspek lelaki disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar, Bachok, Sabtu lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.