LAHAD DATU, 20 JUN: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjun ke sungai untuk menyelamatkan adik dan anak saudaranya yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Sungai Dewata di sini pada Selasa lepas.
IPOH, 20 JUN: Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya dengan menggunakan pisau dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, dekat sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 20 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Phison Electronics Corporation Datuk Pua Khein Seng.
SHAH ALAM, 20 JUN: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan MPKS Bandar Baru Kuala Selangor pada 22 Jun ini.
JOHOR BAHRU, 20 JUN: Pemandu van sekolah yang ditahan selepas dipercayai melanggar seorang murid prasekolah sehingga maut di Jalan Suria, Bandar Seri Alam di sini semalam, telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
NIBONG TEBAL, 20 JUN: Lebih 180,000 kenderaan barangan didapati masih belum mendaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh.
PETALING, 20 JUN: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan melawat PJ Eco Recycling Plaza di sini hari ini, sempena program Gagasan Rumpun Selangor.
SHAH ALAM, 20 JUN: Kerja menurap laluan rosak di B11 Jalan Puchong selesai dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan orang ramai di laman X.
PUTRAJAYA, 20 JUN: Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja, tujuh tahun lalu.
SHAH ALAM, 20 JUN: Selangor mencatat 27.6 juta bilangan pelancong domestik bagi tahun 2023, tertinggi antara negeri.
KUALA LUMPUR, 19 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia melihat hubungan dengan China bukan setakat dua hala, tetapi menerusi lensa strategik yang menyeluruh.
SHAH ALAM, 19 JUN: Kemiskinan tidak menghalang seorang penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjuarai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran 2024 peringkat kebangsaan, bulan lalu.
KUALA LUMPUR, 19 JUN: Sebanyak 100,000 permohonan bantuan tunai subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI untuk pemilik kenderaan diesel individu (BUDI Individu) serta petani dan pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) telah diluluskan setakat hari ini.
SHAH ALAM, 19 JUN : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan mengunjungi pasar malam Seksyen 7 di sini hari ini, sempena program Gagasan Rumpun Selangor Tengku Amir Shah yang tiba kira-kira jam 6.40 petang dengan menunggang skuter Vespa merah disambut EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam...
SHAH ALAM, 19 JUN: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri di tiga lokasi pada 22, 29 dan 30 Jun ini.
JOHOR BAHRU, 19 JUN: Seorang murid prasekolah maut selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini hari ini.
PUTRAJAYA, 19 JUN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 28 Jun ini.
SHAH ALAM, 19 JUN: Inisiatif Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) menerima lebih 2,600 permohonan selepas tarikh tutup permohonan pada 31 Mei lepas.
SHAH ALAM, 19 JUN: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi esok.
PETALING, 19 JUN: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor mahu pegawai dan kakitangan kerajaan bersifat mesra selain mendengar masalah dihadapi rakyat negeri ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.