PETALING JAYA, 5 OGOS : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan 23 program menarik sepanjang Ogos hingga 22 September ini sempena sambutan bulan Kemerdekaan.
SHAH ALAM, 5 OGOS: Sebanyak 141 mangsa banjir daripada 49 keluarga di Hulu Bernam masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini, menurun sedikit berbanding 143 mangsa petang tadi.
SONGHKLA, 5 OGOS: Kerajaan Negeri Selangor dan Thailand sedia mengukuhkan lagi kerjasama diplomasi festival makanan serta budaya antara kedua-dua pihak sempena tahun melawat negeri itu pada 2025.
KUALA TERENGGANU, 5 OGOS: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyeru penjawat awam supaya sentiasa memberikan komitmen tinggi dan meningkatkan prestasi kerja selari dengan kenaikan gaji.
HULU SELANGOR, 5 OGOS: Mangsa banjir melibatkan lima kampung di Hulu Bernam memuji tindakan pantas Kerajaan Negeri yang menghulurkan bantuan awal kepada mereka.
SHAH ALAM,5 OGOS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menganjurkan Larian Santai Jiwa Merdeka sempena program Hari Tanpa Kenderaan pada Ahad ini.
KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Kemerdekaan negara yang telah diwariskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj harus sentiasa dipulihara bagi memastikan Malaysia terus kekal berdaulat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Enam lelaki ditahan kerana disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Jalan Besar Enggang AU2 dekat Ampang, Sabtu lepas.
SHAH ALAM, 5 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Lumpur dan empat daerah negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 6 petang.
KUANTAN, 4 OGOS: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di Lubuk Beriang, Kampung Pagar Sasak, Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini hari ini.
GAZA, 4 OGOS: Pasukan pendudukan Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam 24 jam terakhir, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 33 orang Palestin dan kecederaan kepada 118 yang lain, menurut sumber perubatan.
KOTA KINABALU, 4 OGOS: Mata wang ringgit pada masa ini dilihat berada pada tahap terkuat dalam tempoh 14 tahun kerana dasar Kerajaan Perpaduan dan muafakat membangunkan negara secara bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 4 OGOS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada 13 Ogos ini, untuk membincangkan pelaksanaan PRK DUN berkenaan.
SHAH ALAM, 4 OGOS: Kerajaan Negeri menganjurkan karnival kerjaya terbesar melibatkan lebih 100 syarikat di Pusat Konvensyen Shah Alam hujung tahun ini.
TAMPIN, 4 OGOS: Seorang lelaki berusia 45 tahun cedera parah pada beberapa bahagian badan selepas diserang rakannya di sebuah rumah di Ayer Kuning Selatan di sini awal pagi tadi.
PARIS, 4 OGOS: Harapan menggenggam pingat emas pertama daripada kem badminton Malaysia terkubur di Olimpik Paris 2024.
SHAH ALAM, 4 OGOS: Seramai 200 individu menerima bantuan RM1,000 untuk bayaran pendahulan pembelian motosikal, kata EXCO sumber manusia.
SHAH ALAM, 4 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi, esok.
SHAH ALAM, 4 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 4 petang.
KUALA LUMPUR, 4 OGOS: Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Sri Petaling.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.