AGENDA

Anwar hulur sumbangan kepada seniwati Safiah, doa diberi kesembuhan

5 Ogos 2024, 3:33 PM
Anwar hulur sumbangan kepada seniwati Safiah, doa diberi kesembuhan

KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada Seniwati Negara Safiah atau Sophia Ibrahim, 75, yang dikhabarkan mengalami katarak mata sehingga mengganggu fungsi penglihatan beliau.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya pagi tadi.

“Beliau perlu segera menjalani prosedur pembedahan mata bagi mengelak komplikasi yang tidak diingini.

“Justeru, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban kos perubatan,” katanya.

Perdana Menteri turut berharap pembedahan Safiah, yang berlakon dalam filem Dr Rushdi di samping seniman agung negara iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, berjalan lancar dan lekas diberi kesembuhan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.