SHAH ALAM, 11 OGOS: Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom hampir meraih pingat sebelum terlibat kemalangan peringkat akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.
AMPANG JAYA, 11 OGOS: Dato' Menteri Besar menggunakan gajinya sebagai ahli parlimen Gombak untuk membantu 12 peniaga medan selera Jalan AU5 Taman Lembah Keramat, yang terkesan akibat kebakaran dua minggu lepas.
SHAH ALAM, 11 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengedarkan 2,000 Jalur Gemilang mini di Dataran Kemerdekaan di sini, hari ini, bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
SHAH ALAM, 11 OGOS: Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom layak peringkat akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.
KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lepas, kini dimasukkan dalam senarai orang dikehendaki.
PARIS, 11 OGOS: Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom, yang menjadi harapan terakhir Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024, berjaya meneruskan kemaraan ke separuh akhir acara keirin lelaki, hari ini.
Daripada Vikneswaran Raman PARIS, 10 OGOS: Impian negara merangkul emas pertama daripada Sukan Olimpik Paris 2024 lebur apabila jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang tersingkir seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Veldrom Saint-Quentin-en-Yvelines di sini hari...
KOTA BHARU, 10 OGOS: Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan maut selepas tercampak ke dalam tali air dalam kejadian di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di Bachok, semalam.
KOTA KINABALU, 10 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang pegawai penguatkuasa sebuah jabatan yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.
AMPANG JAYA, 10 OGOS: Usaha memperkukuh kelestarian sumber air mentah negeri meliputi segenap aspek demi memastikan bekalan air terjamin dan selamat kepada rakyat.
MELAKA, 10 OGOS: Hanya 10 peratus atau 657 daripada lebih 6,000 masjid di seluruh Malaysia menubuhkan koperasi kariah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar.
SHAH ALAM, 10 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi, esok.
SHAH ALAM, 10 OGOS: Pasukan Selangor FC (SFC) menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) 2-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya petang tadi.
SHAH ALAM,10 OGOS: Jalur Gemilang akan diedarkan di semua kampung tradisi di bawah Kuala Kubu Bharu bagi membangkitkan semangat cintakan negara.
AMPANG JAYA, 10 OGOS: Insentif RM1 ditawarkan bagi setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya sebagai langkah memulihara sungai di Selangor dan spesies tempatan.
GAZA CITY, 10 OGOS: Puak Palestin mengutuk sekeras-kerasnya pada Sabtu "pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan" yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal yang mencari perlindungan di sekolah Al-Taba'een di kawasan kejiranan Al-Daraj, tengah Gaza, lapor Agensi Anadolu.
TAMPIN, 10 OGOS: Polis menahan empat individu termasuk sepasang kekasih dipercayai terlibat dalam pengedaran pelbagai jenis dadah bernilai RM28,294, dalam dua serbuan berbeza di sebuah rumah di Gemas dan Senawang, semalam.
SHAH ALAM, 9 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor hingga 7 malam.
SHAH ALAM, 9 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda enam daerah negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 5 petang.
MUAR, 9 OGOS: Sepasang suami isteri bersama cucu perempuan mereka berumur 11 tahun maut dalam kebakaran rumah di Jalan Sekolah, Kampung Paya Redan, di sini, awal pagi ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.