AGENDA

SPRM tahan penguat kuasa, disyaki terima RM120,000 lindungi penyeludup rokok

10 Ogos 2024, 2:57 PM
SPRM tahan penguat kuasa, disyaki terima RM120,000 lindungi penyeludup rokok

KOTA KINABALU, 10 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang pegawai penguatkuasa sebuah jabatan yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 4 petang dalam operasi yang dijalankan oleh SPRM di Pekan Keningau.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut baru-baru ini dengan meminta rasuah bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok sekitar Keningau dan melepaskan lori serta barang seludup yang ditahan oleh jabatan berkenaan.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy, ketika dihubungi pemberita, mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau juga berkata terdapat kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat membabitkan kes itu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.