SHAH ALAM, 15 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di 10 lokasi pada hujung minggu ini.
IPOH, 15 OGOS: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan dalam keadaan masih bertali pusat di dalam sebuah besen berhampiran bengkel motosikal di Pekan Titi Serong, Parit Buntar, semalam.
SHAH ALAM, 15 OGOS: Dato' Menteri Besar mengucapkan takziah kepada rakan sejawatnya di Kedah atas pemergian ibu tercinta Hajah Meriam Ahmad.
KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Pelarasan gaji penjawat awam dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia secara signifikan dan memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama dalam sektor hartanah dan runcit, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming "Peningkatan...
KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Program MADANI Rakyat (PMR) Zon Selatan yang akan membuka tirainya esok di bumi Johor Darul Ta’zim bakal menjadi platform terbaik bagi rakyat untuk menilai dan melihat sendiri prestasi serta pencapaian Ekonomi MADANI sejak setahun ia dilancarkan pada Julai tahun lepas.
IPOH, 14 OGOS: Polis hari ini menahan seorang lelaki yang mengamuk dan membawa sebilah pisau pemotong daging di Dataran Keretapi Tanah Melayu Berhad di Jalan Dato Panglima Bukit Gantang di sini.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang bagi membangkitkan semangat cintakan negara sempena Bulan Kebangsaan.
KOTA KINABALU, 13 OGOS: Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam ini.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi, esok.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) ditambah baik dengan pembangunan aplikasi dalam talian bagi memudahkan 130,000 pelajar mengakses bahan pembelajaran.
PUTRAJAYA, 13 OGOS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada 28 Sept.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Kerajaan Negeri memperuntuk sejumlah RM35,000 bagi program biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) dengan pengkhususan Kursus Pengajian Gender peringkat doktor falsafah (PhD).
KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lepas berjaya ditahan di Kajang, Selangor pada 1.30 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguat kuasa sebuah jabatan di Sabah kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.
KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 untuk setiap rumah daif di Kampung Chendor Kuantan, Pahang, bagi kos membaiki rumah tersebut.
IPOH, 11 OGOS: Seorang lelaki warga emas berusia 60-an, ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di sebuah bangunan dalam daerah Kuala Kangsar.
SHAH ALAM, 11 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi, esok.
MELAKA, 11 OGOS: Sebanyak 248 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Tanah, Alor Gajah di sini setakat 7.30 malam ini berikutan banjir yang melanda kawasan itu susulan hujan lebat sejak pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pelumba berbasikal trek negara Muhamad Shah Firdaus Sahrom, atas aksinya pada final acara keirin lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, hari ini.
PUTRAJAYA, 11 OGOS: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak berperikemanusiaan oleh Israel ke atas Sekolah al-Tabin di Bandaraya Gaza pada Sabtu yang mengorbankan lebih 100 rakyat Palestin yang berlindung di situ.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.