AGENDA

Amirudin ucap takziah pemergian ibu MB Kedah, doa roh dicucuri rahmat

15 Ogos 2024, 4:46 AM
Amirudin ucap takziah pemergian ibu MB Kedah, doa roh dicucuri rahmat

SHAH ALAM, 15 OGOS: Dato' Menteri Besar mengucapkan takziah kepada rakan sejawatnya di Kedah atas pemergian ibu tercinta Hajah Meriam Ahmad.

"Saya merakamkan ucapan takziah buat YAB Datuk Seri Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah atas pemergian ibunda beliau Hajah Meriam Ahmad.

"Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa serta ditempatkan di syurga penuh nikmat," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

Ibu Sanusi, Meriam Ahmad, 74, meninggal dunia pada jam 9.40 pagi tadi akibat masalah jantung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.