SHAH ALAM, 20 NOV: Masalah teknikal paip agihan utama hingga bekalan air USJ 1 hingga USJ 27 di Petaling terjejas telah diatasi pada jam 4.30 petang tadi.
Oleh Alang Bendahara KUALA LUMPUR, 20 NOV: Selangor melakukan usaha terbaik dalam melaksana beberapa inisiatif kesihatan sepanjang pandemik Covid-19 melanda, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Presidennya Dr Koh Kar Chai berkata negeri itu meletakkan penanda aras terbaik bagi dicontohi...
IPOH, 20 NOV: Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji yang menawarkan giliran lebih awal untuk menunaikan ibadah haji, khususnya ketika aktiviti rentas negara dibenarkan.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Seramai 9,800 pengunjung hadir ke Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 dalam tempoh dua hari sejak kelmarin.
HULU LANGAT, 20 NOV: Skuad Pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang ditubuhkan pada Disember tahun lalu berjaya mengelakkan henti tugas loji rawatan air membabitkan 23 kejadian pencemaran.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Keunikan produk minuman teh hijau, Fyllo diperbuat menggunakan daun kelapa sawit menarik perhatian pengunjung ke gerai pameran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
SHAH ALAM, 20 NOV: Tiga beranak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok ketapang ketika melalui laluan Batu 1, Jalan Kapar menghala ke Kuala Selangor, awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Sebanyak 95.6 peratus atau 22,379,626 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
SHAH ALAM, 20 NOV: Bekalan air kawasan USJ 1 hingga USJ 27 di Petaling yang terjejas berikutan insiden penurunan paras air di Kolam Air Sime UEP di Kampung Kenangan Puchong dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini.
SHAH ALAM, 19 NOV: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor siap siaga menghadapi peralihan Monsun Timur Laut termasuk memastikan kemahiran menyelamat dalam air anggota dipertingkat.
KUALA LUMPUR, 19 NOV: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menyasarkan nilai jualan produk pertanian jenama Ehsan mencecah RM23 juta dalam tempoh setahun di pasaran.
KUALA LUMPUR, 19 NOV: Pergerakan penumpang domestik bulanan di rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di negara ini meningkat tiga kali ganda kepada 1.18 juta orang pada Oktober lepas berbanding 362,000 orang pada bulan sebelumnya.
SHAH ALAM, 19 NOV: Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) memperkenal e-dompet sebagai fungsi terbaharu aplikasi itu, hari ini.
SHAH ALAM, 19 NOV: Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dalam kejadian pesawat pejuang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang Selasa lalu, selamat menjalani pembedahan.
SHAH ALAM, 19 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempelawa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) yang dibuka mulai esok.
KUALA LUMPUR, 19 NOV: Seramai 2,575,388 individu atau 81.8 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
SHAH ALAM, 19 NOV: Sektor pendidikan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 turut menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam merangka Belanjawan #Selangor 2022, kata Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 19 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memberi penghargaan kepada 18 pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di Sabak Bernam sebagai penyuntik semangat untuk terus mencapai kejayaan.
SHAH ALAM, 19 NOV: Program Kita Seniman Selangor dilancarkan awal bulan ini bakal diteruskan dengan menyertakan lebih ramai penggiat seni, kata EXCO Kebudayaan dan Warisan.
SHAH ALAM, 17 NOV: Atlet Sukan Malaysia (Sukma) Selangor bakal menyertai beberapa siri kejohanan sebelum tirai kalendar sukan tahun ini dilabuhkan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.