SHAH ALAM, 28 SEPT: Enam sekeluarga sempat menyelamatkan diri selepas rumah mereka di Jalan Makmur, Pasir Panjang, dekat Sekinchan, terbakar awal pagi tadi.
SHAH ALAM, 28 SEPT: Kerajaan Negeri membantu menyediakan sebuah van untuk membawa jenazah kanak-kanak yang maut ditimpa pokok ketika mandi di Serendah River, Hulu Selangor untuk urusan pengebumian.
SHAH ALAM, 28 SEPT: Dua syarikat perkhidmatan pengurusan sisa pepejal didenda RM1,900 oleh Mahkamah Majistret Kajang atas kesalahan membuang sampah secara haram.
SHAH ALAM, 28 SEPT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga meminta ketua kampung Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga membuat bancian mangsa terlibat dengan banjir kilat.
KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Statistik kemalangan jalan raya melibatkan kesalahan pemanduan melawan arus serta langkah dilaksanakan kerajaan untuk membendungnya antara persoalan yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
SHAH ALAM, 28 SEPT: Warga Selangor diminta supaya tidak melepaskan peluang memohon bantuan pembiayaan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah yang akan ditutup 30 September ini.
SHAH ALAM, 26 SEPT: Beberapa kawasan sekitar bandaraya ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang berlarutan selama beberapa jam hari ini.
SHAH ALAM, 26 SEPT: Tourism Selangor bekerjasama dengan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mempromosi pelancongan makanan bagi membantu pengusaha makanan dan minuman (F&B) di negeri ini.
SHAH ALAM, 26 SEPT: Bekalan air 41 kawasan di Gombak yang terjejas akibat pembaikan paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point, Jalan Ampang pulih sepenuhnya jam 8 malam tadi.
SHAH ALAM, 26 SEPT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut, manakala abangnya cedera selepas ditimpa pokok ketika mandi di Serendah River dekat Hulu Selangor, petang tadi.
PENDANG, 26 SEPT: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membayar pampasan lebih RM11.19 juta kepada pekerja yang dijangkiti Covid-19 di tempat kerja melibatkan 15,036 kes setakat 18 Sept lepas.
SHAH ALAM, 26 SEPT: Jabatan Perhutanan Selangor menahan 56 pendaki yang memasuki kawasan Air Terjun Setinggi, Serendah, dekat Hulu Selangor tanpa permit yang sah, semalam.
SHAH ALAM, 26 SEPT: Jumlah jangkitan harian Covid-19 tidak menunjukkan penurunan ketara dengan 13,104 kes dicatat hari ini berbanding 13,899 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.
KUCHING, 26 SEPT: Sarawak akan memulakan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 pada bulan Oktober ini sekali gus menjadi negeri pertama yang memulakan inisiatif berkenaan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai Selasa ini (28 Sept) secara berperingkat.
JOHOR BAHRU, 25 SEPT: Kebenaran untuk rentas negeri dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh tiga minggu lagi selepas negara mencapai kadar 90 peratus populasi dewasa yang lengkap suntikan vaksin Covid-19.
SHAH ALAM, 25 SEPT: Dua kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua menerima peralatan gotong royong sumbangan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sempena sambutan Hari Sungai Sedunia 2021 semalam.
SEPANG, 25 SEPT: Pengunjung Pantai Bagan Lalang, di sini, yang gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan akan dikenakan tindakan kompaun mulai minggu depan.
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Ahli farmasi komuniti diajak untuk bersama-sama kerajaan, belajar dari satu sama lain dan membimbing rakyat Malaysia, memasuki fasa endemik pada ketika negara bersiap sedia untuk hidup bersama virus Covid-19.
SHAH ALAM, 25 SEPT: Penggiat seni perlu memiliki daya kreativiti dan imaginasi tinggi selain memanfaat perkembangan teknologi ketika berkarya bagi terus merancakkan industri.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.