AGENDA

Jangkitan harian catat 13,104 kes, Selangor kembali turun paras 1,500

26 Sep 2021, 8:03 AM
Jangkitan harian catat 13,104 kes, Selangor kembali turun paras 1,500

SHAH ALAM, 26 SEPT: Jumlah jangkitan harian Covid-19 tidak menunjukkan penurunan ketara dengan 13,104 kes dicatat hari ini berbanding 13,899 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan perkongsian Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jangkitan baharu di Selangor kembali turun kepada 1,558 kes berbanding 2,341 semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 2,943 kes, meningkat sedikit berbanding 2,712 kes semalam.

Selain itu, tiga negeri mencatat jumlah jangkitan harian empat angka tetapi bawah paras 2,000 kes iaitu Johor dengan 1,455, Kelantan (1,206) dan Sabah (1,078).

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Perak - 994

Pulau Pinang - 955

Kedah - 721

Terengganu - 685

Pahang - 604

Melaka - 362

Kuala Lumpur - 270

Negeri Sembilan - 165

Perlis - 80

Putrajaya - 24

Labuan - 4