SHAH ALAM, 22 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 11 malam ini.
BALING, 22 JULAI: Sukarelawan Selangor (Serve) Rescue akan menjadi pasukan pertama diturunkan ke kawasan bencana seperti banjir dan tanah runtuh, kata EXCO pembangunan generasi muda.
CYBERJAYA, 22 JULAI: Stok penimbal ubat-ubatan kerajaan yang diuruskan Pharmaniaga Bhd telah diagihkan kepada klinik swasta sejak semalam susulan kekurangan ubat-ubatan tertentu di pasaran, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
CYBERJAYA, 22 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid sekolah rendah dinaikkan kepada RM4 di Semenanjung Malaysia dan RM5 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
SHAH ALAM, 22 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 8 malam ini.
BALING, 22 JULAI: Seramai 22 sukarelawan daripada Team Selangor menyertai Misi Selangor Penyayang 2.0 di Baling, Kedah.
KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Sepasang suami isteri ditahan di Beranang, Hulu Langat, di sini bagi membantu siasatan kes dera melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
SHAH ALAM, 19 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menahan sembilan lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang disyaki terlibat dalam penyelewengan minyak diesel bersubsidi bernilai lebih RM200,000.
KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana dekat sini, semalam.
SHAH ALAM, 19 JULAI: Kerajaan Negeri memperuntuk sebanyak RM230,000 bagi proses menaik taraf gelanggang bola keranjang Banting di Kuala Langat dekat sini.
PUTRAJAYA, 19 JULAI: Tiga individu termasuk bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah lebih RM24 juta.
SHAH ALAM, 19 JULAI: Orang ramai digalak membuat saringan kesihatan secara percuma melalui program Selangor Saring yang giat dijalankan di seluruh negeri.
SHAH ALAM, 19 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) perlu lebih agresif membanteras perniagaan haram diusahakan warga asing termasuk menyita premis warga tempatan yang menjadi dalang kegiatan itu.
KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Australia, Indonesia, Korea Selatan dan Qatar telah mengemukakan tawaran untuk menggantikan China sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.
SHAH ALAM, 18 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengagihkan daging korban berupa 17 ekor lembu dan empat kambing sempena Aidiladha kepada asnaf fakir miskin, warga kerja, peserta program dan penyewa.
Oleh Abdullah Hussaini Perang Dunia Pertama baru berakhir ketika seorang bayi dilahirkan di desa kecil di tebing Sungai Mbashe. Tahun itu berakhirnya Perang Besar dan meletusnya wabak selesema. Bayi itu dinamakan Rolihlahla bererti ‘menarik ranting pokok’. Ayahnya seorang ketua kaum dan...
Bergelumang dalam dunia politik lebih sedekad lalu memberi kelebihan kepada Edry Faizal Eddy Yusof untuk mentadbir Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua selepas dipilih sebagai wakil rakyat.
SHAH ALAM, 18 JULAI: Seramai 1,186 peserta Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku boleh menebus baucar itu mulai hari ini.
KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Persoalan mengenai langkah untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan memastikan kestabilan harga barangan kekal pada harga mampu milik rakyat antara topik yang dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Seramai 17 pengunjung di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya ditahan semalam dipercayai terlibat dengan pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.