ad
AGENDA

Sembilan lelaki ditahan disyaki terlibat seleweng minyak diesel bersubsidi

19 Jul 2022, 9:57 AM
Sembilan lelaki ditahan disyaki terlibat seleweng minyak diesel bersubsidi

SHAH ALAM, 19 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menahan sembilan lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang disyaki terlibat dalam penyelewengan minyak diesel bersubsidi bernilai lebih RM200,000.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata pihaknya bekerjasama dengan polis dari Bukit Aman untuk melakukan serbuan ke atas sebuah premis di Kampung Baru Subang di sini pada kira-kira 11 malam tadi.

Beliau berkata hasil serbuan itu, minyak diesel berjumlah lebih 100,00 liter dengan nilai melebihi RM200,000 telah disita manakala empat lori tangki, dua kereta dan beberapa barangan lain turut dirampas menjadikan nilai keseluruhan berjumlah RM1.7 juta.

"Siasatan awal mendapati premis dan pelaku yang ditemukan di lokasi kejadian tidak mempunyai sebarang lesen, permit atau surat kebenaran daripada Pengawal Bekalan bagi berurusan dengan Barang Kawalan Berjadual," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata siasatan akan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.