PUTRAJAYA, 31 JULAI: Harga Internet dijangka lebih murah menjelang September ini apabila Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) diguna pakai, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Oleh FHATIHAH ZAKINAN BANGI, 29 JULAI: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Mazwan Johar akan menumpukan usaha mengatasi kesesakan trafik di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal di sini. Beliau menjelaskan antara kawasan tumpuan adalah bulatan Persiaran Kemajuan dan...
SHAH ALAM, 29 JULAI: Penamaan calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Selangor hari ini menyaksikan persaingan dua penjuru antara gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional di 26 kerusi.
PUTRAJAYA, 22 MEI: Daftar Pemilih Tambahan April 2023 (DPT BLN4/2023) yang diperaku dan diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 20 Jun 2023, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SHAH ALAM, 22 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjalankan kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Kuala Selangor bermula jam 9 pagi hari ini.
KUALA LUMPUR, 22 MEI: Usaha membawa turun jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub yang meninggal dunia Jumaat lepas dari Everest Base Camp ke Kathmandu menggunakan helikopter akan dijalankan hari ini, sekiranya operasi dari Camp 4 itu berjalan lancar mengikut jadual.
KUALA LUMPUR, 22 MEI: Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyediakan Program eUsahawan bagi tujuan membina budaya lebih inklusif ke arah penggunaan teknologi digital.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun Satu bagi kalendar akademik sesi 2024/2025 bermula pada 2 Mei hingga 30 Jun ini.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah mengosongkan seluruh kawasan akademi itu dengan memindahkan seramai 45 individu susulan kejadian tanah runtuh di pintu masuk utamanya pada kira-kira 1.30 tengah hari tadi.
SHAH ALAM, 25 APRIL: Kerja turapan jalan rosak secara besar-besaran di seluruh negeri akan dilaksana dalam masa terdekat, kata EXCO infrastruktur dan kemudahan awam.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Takungan air di sebelah pagar Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan paip bawah tanah yang pecah dipercayai menjadi antara punca kejadian tanah runtuh di hadapan akademi itu yang terletak di Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, di sini kira-kira 1.30 tengah hari tadi.
SHAH ALAM, 25 APRIL: Enam daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 10 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Pelari maraton negara Mohd Syahidan Alias melakar sejarah baharu dalam Guinness World Records (GWR) selepas muncul sebagai pelari terpantas bagi kategori pakaian tradisional lelaki pada acara TCS London Marathon 2023, Ahad lepas.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Seramai 76 petugas pentadbiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di sini berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu hari ini.
SHAH ALAM, 25 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan lima daerah sehingga 7 malam ini.
JOHOR BAHRU, 25 APRIL: Bau busuk di hadapan rumah membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas yang tinggal bersendirian di Jalan Perdana 2, Taman Perdana, dekat Muar, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Polis Diraja Malaysia merekodkan 1,551 kemalangan pada hari kelima Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.
KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Aliran trafik dilaporkan masih tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat 10 malam ini berikutan pertambahan kenderaan pada hari ketiga Aidilfitri.
SHAH ALAM, 24 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan empat daerah sehingga 1 pagi esok.
KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama beliau di enam lokasi bermula bermula Sabtu ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.