AGENDA

1,551 kemalangan direkodkan hari kelima Op Selamat 20

25 Apr 2023, 7:22 AM
1,551 kemalangan direkodkan hari kelima Op Selamat 20

KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Polis Diraja Malaysia merekodkan 1,551 kemalangan pada hari kelima Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan jumlah itu membabitkan 2,327 kenderaan pelbagai jenis.

“Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790 atau 76.9 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam.

“Ia diikuti motosikal (315), kenderaan pacuan empat roda (103), kenderaan pelbagai guna (63), van (43), lori (lapan), bas (tiga) dan dua kes kemalangan melibatkan teksi,” menurut hantaran itu.

JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan.

Op Selamat 20 dilaksanakan selama tujuh hari bermula 20 April lepas bertemakan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi'.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.