SHAH ALAM, 28 NOV: Pengurangan caj pengurusan peminjam Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) sebanyak empat peratus seperti diumum menerusi Belanjawan #Selangor2022 bukti kerajaan prihatin terhadap golongan peniaga.
SUBANG, 28 NOV: Pameran Udara Selangor (SAS) 2022 dijadual berlangsung pada 8 hingga 10 September tahun depan di Pusat Penerbangan Serantau SkyPark di sini.
KAPAR, 28 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain berkaitan perkembangan Omicron, varian baharu Covid-19.
KAPAR, 27 NOV: Kementerian Kesihatan akan membuka permintaan untuk cadangan (RFP) bagi model pengoperasian Hospital Cyberjaya kepada pakar dan juga syarikat-syarikat perubatan swasta, termasuk cadangan bagi perolehan perkhidmatan kepada penduduk Cyberjaya yang layak pada kadar hospital kerajaan.
SHAH ALAM, 27 NOV: Wakil rakyat Meru menghargai usaha Kerajaan Negeri memberi peruntukan untuk menaik taraf jalan sedia ada.
SHAH ALAM, 27 NOV: Rancangan Selangor Satu (RS-1) perlu penglibatan sektor swasta bagi memastikan pelaksanaannya lebih berkesan.
SHAH ALAM, 27 NOV: Pelaksanaan skim Iltizam Anak Selangor menerusi Belanjawan #Selangor2022 menujukkan penambahbaikan khususnya buat ibu bapa mempunyai anak-anak yang baru dilahirkan.
KUALA LUMPUR, 27 NOV: Sebanyak 3.78 juta kenderaan di seluruh negara dikesan tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) hingga 16 November lepas.
KUALA LUMPUR, 27 NOV: Seramai 2,615,923 atau 83.1 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
SHAH ALAM, 27 NOV: Penubuhan Kursi Siddiq Fadzil di Universiti Selangor (Unisel) membuktikan komitmen Kerajaan Negeri mengangkat ketokohan dan sumbangan Allahyarham Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil.
SHAH ALAM, 27 NOV: Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati beranggapan pembentangan Belanjawan #Selangor2022 bagi pembangunan koridor utara adalah langkah berani Kerajaan Negeri.
SHAH ALAM, 27 NOV: Kerajaan Negeri terus membela nasib rakyat apabila Belanjawan #Selangor2022 banyak memfokuskan program kebajikan dan pembangunan infrastruktur.
SHAH ALAM, 27 NOV: Defisit Belanjawan #Selangor2022 lebih RM200 juta tidak membebankan Kerajaan Negeri, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 27 NOV: Galeri Seni Kontemporari dan Moden Shah Alam (SAMA) yang bakal diwujudkan tahun hadapan membuktikan Kerajaan Negeri menghargai karya penggiat seni, kata EXCO kebudayaan dan warisan.
KUALA LUMPUR, 27 NOV: Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kini boleh mendapatkan informasi terkini mengenai caruman mereka di aplikasi mudah alih ‘PRIHATIN PERKESO’.
SHAH ALAM, 26 NOV: Penjawat awam negeri ini menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan gaji yang akan dibayar pada 29 Disember 2021, umum Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 26 NOV: Peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) pembangkang naik hampir tiga kali ganda tahun depan sehingga RM400,000 berbanding RM150,000 ketika ini, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 26 NOV: Buat julung kali, Selangor akan memiliki pelan lima tahun ke hadapan melalui Rancangan Selangor Satu (RS-1) yang dilancarkan suku pertama 2022.
SHAH ALAM, 26 NOV: Sejumlah RM2 juta diperuntukkan bagi pembangunan platform Perkongsian Data Negeri Selangor (SELGDX) tahun depan, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri membangunkan aplikasi rasmi pelancongan Go Selangor yang dijangka tersedia kepada orang ramai awal Februari tahun depan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.