ad
ADN

ADN: Belanjawan #Selangor2022 terus bela nasib rakyat

27 Nov 2021, 12:54 AM
ADN: Belanjawan #Selangor2022 terus bela nasib rakyat
ADN: Belanjawan #Selangor2022 terus bela nasib rakyat

SHAH ALAM, 27 NOV: Kerajaan Negeri terus membela nasib rakyat apabila Belanjawan #Selangor2022 banyak memfokuskan program kebajikan dan pembangunan infrastruktur.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang berkata perkara itu sering dinanti masyarakat dan sudah pasti ia disokong dalam membantu ekonomi rakyat.

"Antara yang dinantikan tambah baik program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) yang jumlah bantuan serta penerima ditambah.

"Mungkin ada penambahbaikan dan ada cadangan daripada pihak ADN bagi memantapkan lagi belanjawan dibentang dalam sesi perbahasan nanti," kata Azmizam Zaman Huri.

[caption id="attachment_497385" align="alignright" width="379"] Ahli Dewan Negeri Morib Hasnul Baharuddin. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui selepas pembentangan Belanjawan #Selangor2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini semalam.

Dalam pada itu, ADN Morib pula menyambut baik peruntukan untuk kerja pembinaan jalan baharu iaitu jalan sambungan Sungai Kelambu – Genting Sanyen, Kuala Langat berjumlah RM10 juta.

"Jalan baharu ini perlu untuk pembangunan di kawasan tersebut dan memudahkan penduduk. Banyak peruntukan yang terus membela nasib rakyat dan dinaik taraf berbanding sebelum ini terutama berkaitan kesihatan serta anak muda," kata Hasnul Baharuddin.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.