SHAH ALAM, 1 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke majlis perasmian program Sapot Asnaf Sapot Lokal di Food Market Wangsa Melawati, Kuala Lumpur semalam.
RANTAU ABANG, 17 FEB: Penggunaan pukat pari atau lebih dikenali sebagai 'pukat malas' oleh nelayan berhampiran kawasan pendaratan penyu, dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian reptilia yang menjadi ikon pelancongan Terengganu itu.
PUTRAJAYA, 17 FEB: Akta baharu akan diperkenalkan bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 atau dikenali sebagai Generational End Game, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR, 17 FEB: Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dilanjutkan sehingga sempadan negara dibuka dengan tatacara operasi piawai (SOP) yang dikemas kini, berkuat kuasa 16 Februari.
KUALA LUMPUR, 17 FEB: Sebanyak 336,848 warga emas atau 11.5 peratus daripada golongan itu di negara ini telah dijangkiti Covid-19 sehingga 7 Februari lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LANGAT, 17 FEB: Kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) digesa terus mengekalkan budaya kerja cemerlang dalam perkhidmatan demi kepentingan masyarakat.
KUALA LUMPUR, 17 FEB: Seramai 289,912 atau 8.2 peratus populasi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
SHAH ALAM, 16 FEB: Pasukan futsal wanita Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengungguli saingan Kejohanan Republic of Futsal (ROF) musim 2021 yang menutup tirai kelmarin.
PETALING JAYA, 16 FEB: Penyokong bola sepak tempatan masih tidak dibenarkan makan dan minum di dalam stadium pada musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) yang akan membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih pada 26 Februari ini.
SHAH ALAM, 16 FEB: Program jualan ayam RM8 sekilogram hasil inisiatif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) terus mendapat sambutan apabila sebanyak 3,679 ekor ayam dan 148 papan telur berjaya dijual setakat ini.
Oleh Balkish Awang Trend buang bayi dilihat masih berterusan walaupun pelbagai cara dilakukan untuk menangani jenayah tersebut termasuk yang melibatkan golongan remaja. Siri pertama daripada dua rencana isu buang bayi ini antaranya mengupas jenayah kejam yang dilihat masih tidak berkesudahan...
SHAH ALAM, 16 FEB: Selangor Fruit Valley (SFV) di Bestari Jaya, Kuala Selangor ditutup tiga hari bermula hari ini bagi proses sanitasi.
SHAH ALAM, 16 FEB: Pemain beregu wanita negara Pearly Tan menghadiahkan kemenangan ke atas Jepun dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 kepada rakan gandingan M Thinaah yang tidak dapat bersama selepas disahkan positif Covid-19.
SHAH ALAM, 16 FEB: Siti Nurshuhaini Azman bersedia diturunkan sebagai pemain pertama menentang India pada saingan kedua peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 petang ini.
SHAH ALAM, 16 FEB: Selangor merancang menganjurkan Sidang Kemuncak Sukan Antarabangsa pada September tahun ini bagi menghimpunkan pemain sukan dari seluruh dunia.
SHAH ALAM, 14 FEB: Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan mempergiatkan kempen bebas beg plastik secara besar-besaran pada tahun ini.
SHAH ALAM, 14 FEB: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI hari ini memeterai perjanjian pelaburan bagi pembangunan e-dompet.
PETALING JAYA, 14 FEB: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan membantu golongan wanita yang didapati positif Ujian PCR Virus Papiloma Manusia (HPV) Untuk Saringan Kanser Pangkal Rahim semalam bagi mendapatkan rawatan susulan.
BANGI, 14 FEB: Seramai 442 peserta menyertai Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 1/2022 yang berlangsung sejak Selasa hingga semalam di Stadium Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dekat sini.
PETALING JAYA, 14 FEB: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM78 juta setiap tahun bagi menjayakan program pendidikan demi hala tuju masa depan rakyat.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.