KOTA KINABALU, 10 MAC: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga semalam.
NEW YORK, 10 MAC: Kementerian Hal Ehwal Wanita Palestin mengeluarkan laporan komprehensif sempena Hari Wanita Antarabangsa, yang menyoroti kesan besar dan meluas akibat keganasan tentera Israel terhadap wanita Palestin di Tebing Barat, Gaza, Baitulmuqaddis dan diaspora.
SHAH ALAM, 10 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
AMPANG JAYA, 8 MAC: Seramai 500 warga kerja pelbagai agensi dan jabatan di daerah Gombak dirai dalam majlis berbuka puasa bersama Dato’ Menteri Besar di Dewan AU2 di sini, hari ini.
KAHERAH, 8 MAC: Warga Palestin Basem Ibrahim Sabbah meninggal dunia semalam di ibu negara Mesir, Kaherah hanya beberapa jam selepas bersatu semula dengan anaknya, Ayham, 24, yang diusir selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa pendudukan Israel pada 25 Januari sebagai sebahagian daripada kumpulan kedua tahanan yang dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
PELABUHAN KLANG, 8 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kapal Diraja (KD) Pahang dan KD Terengganu di Pangkalan TLDM di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Sarawak negeri terbaharu dilanda banjir melibatkan daerah Lawas manakala situasi bencana itu di Sabah semakin buruk dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), semakin meningkat malam ini.
SHAH ALAM, 8 MAC: Kerja pembersihan rumah mangsa ribut di Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang sudah dimulakan oleh kontraktor lantikan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
SEMPORNA, 8 MAC: Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di atas rumput di tepi jalan di Kampung Keramat di sini semalam.
SHAH ALAM, 8 MAC: Seramai 13,000 anak yatim seluruh Selangor akan menerima sumbangan Aidilfitri melibatkan peruntukan keseluruhan RM1.95 juta, tahun ini.
GOMBAK, 8 MAC: Bulan Ramadan merupakan medan terbaik buat masyarakat khususnya beragama Islam memupuk rasa kasih sayang dan perpaduan di antara manusia.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu ruang dan peluang secukupnya diberikan kepada golongan wanita dalam semua aspek pembangunan negara.
GOMBAK, 8 MAC: Dato’ Menteri Besar mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk melalui Program Gerak Rahmah di Pusat Komuniti Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Gombak A di sini, hari ini.
KUALA TERENGGANU, 8 MAC: Seorang lelaki ditahan kerana memiliki mercun dan bunga api dianggar bernilai RM90,000 di sebuah rumah di Taman Bestari, Kuala Nerus semalam.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Hari Wanita yang disambut hari ini adalah bagi meraikan keberanian, pengorbanan dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.
JOHOR BAHRU, 8 MAC: Lelaki warga emas maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Taman Molek, di sini 3.10 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Abu Hanifah Yusof yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.
BAITULMUQADDIS, 7 MAC: Tentera Israel mengenakan sekatan ketat terhadap kemasukan penduduk Muslim Palestin dari Tebing Barat ke Bandar Baitulmuqaddis yang diduduki untuk menunaikan solat Jumaat pertama bulan Ramadan di Masjid Al-Aqsa.
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia, 8.42 malam tadi.
ISKANDAR PUTERI, 7 MAC: Polis menahan empat individu di Kuala Selangor dan Bestari Jaya, Selangor pada 1 Mac lalu kerana dipercayai terlibat dalam kes melarikan seorang lelaki warga Sri Lanka di sebuah pusat cuci kereta di Gelang Patah, di sini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.