GOMBAK, 8 MAC: Bulan Ramadan merupakan medan terbaik buat masyarakat khususnya beragama Islam memupuk rasa kasih sayang dan perpaduan di antara manusia.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata orang ramai harus menghayati surah Al-Fatihah dari ayat dua hingga ketiga menyebut Ar-Rahman dan Ar-Rahim menunjukkan kasih sayang Allah SWT kepada hambanya.
“Surah ini menunjukkan asas kepada permulaan kehidupan beragama iaitu kasih sayang.
[caption id="attachment_690610" align="aligncenter" width="898"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di KRT Taman Seri Gombak, Gombak pada 8 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Tetapi pada hari ini nilai ini dilunturkan. Ada pihak cuba mencetuskan perbalahan hingga menimbulkan api kemarahan, sejak dua hingga tiga hari kebelakangan ini, timbul peristiwa menimbulkan ketakutan.
“Saya menyeru dengan semarak Ramadan Al-Mubarak ini salah satu natijah atau pengalaman baik dalam bulan mulia ini untuk merasai persaudaraan,” katanya.
Berucap pada Program Gerak Rahmah di Taman Seri Gombak, Amirudin turut mengingatkan semua pihak tidak memainkan isu 3R, menjadi punca hingga mencetuskan ketegangan di kalangan masyarakat.
“Beri ruang kepada autoriti membuat siasatan, contoh isu ham, gegar satu Malaysia kononnya ada bangsa lain ingin menghancurkan bangsa Melayu.
“Jika mendapat sebarang dapatan jangan terus kongsi, lapor kepada pihak berkuasa untuk tindakan kerana negara kita mempunyai undang-undang,” ujarnya.
[caption id="attachment_690609" align="aligncenter" width="1123"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengagihkan bubur lambuk secara pandu lalu kepada penduduk ketika program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di KRT Taman Seri Gombak, Gombak pada 8 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_690611" align="aligncenter" width="1110"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan kebun komuniti ketika program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di KRT Taman Seri Gombak, Gombak pada 8 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_690612" align="aligncenter" width="1206"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan kebun komuniti ketika program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di KRT Taman Seri Gombak, Gombak pada 8 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]


