KUALA LUMPUR, 24 MAC: Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri yang terjejas bencana itu mencatatkan penurunan kepada 2,803 orang petang ini, berbanding 4,817 pagi tadi.
KAJANG, 24 MAC: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan 12 individu lain yang berdepan pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, untuk dibenarkan ikat jamin.
PUTRAJAYA, 24 MAC: Kes baharu tuberkulosis atau tibi meningkat 0.1 peratus dengan 26,183 kes dilaporkan pada 2024 berbanding 26,149 kes tahun sebelumnya.
SHAH ALAM, 24 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan 144 kompaun berhubung pembuangan sampah haram setakat 18 Mac tahun ini.
PUTRAJAYA, 24 MAC: Sektor pelancongan domestik Malaysia mengalami pertumbuhan memberangsangkan pada suku keempat 2024 dengan 66.8 juta pelawat dan perbelanjaan melonjak 21.9 peratus berjumlah RM29 bilion, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Hasrat skuad sepak takraw negara untuk mempertahankan gelaran Piala Dunia ISTAF dalam acara double lelaki tidak kesampaian apabila tumbang kepada musuh tradisi Thailand 2-1 di peringkat separuh akhir di Bihar, India, hari ini.
GOMBAK, 23 MAC: Seramai 1,500 penduduk Parlimen Gombak menerima sumbangan duit dan kuih raya sempena Aidilfitri tidak lama lagi.
AMMAN, 23 MAC: Raja Jordan Raja Abdullah II bertitah terdapat keperluan mendesak untuk tindakan segera pihak antarabangsa bagi menghentikan serangan berterusan Israel ke atas Gaza serta memastikan gencatan senjata kekal menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer semalam.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Malaysia bakal membuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2027 dengan misi mencipta permulaan gemilang, apabila melayani kunjungan Nepal dalam aksi pertama Kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor, Selasa ini.
SUBANG JAYA, 23 MAC: Mantan calon Pilihan Raya Negeri DUN Taman Medan bakal mempertahankan jawatan timbalan ketua cabang KEADILAN Petaling Jaya disandangnya sebelum ini.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Kementerian Luar Negeri memperkenalkan logo halal negara ASEAN menerusi video ringkas di platform TikTok, bagi memudahkan pengguna Muslim mengenali logo sah dan dipercayai ketika melancong ke negara jiran.
Berbekalkan sebilah parang dan gergaji, dua beranak Orang Asli Suku Temuan Hassan Ruak, 56, bersama anak tunggalnya Adam Hassan, 20, keluar mencari buluh lemang seawal 7.30 pagi menuju ke pinggir hutan sekitar Kampung Sungai Congkak, Hulu Langat.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri mencatatkan penurunan kepada 8,274 orang pagi ini, berbanding 9,218 petang semalam.
KUALA TERENGGANU, 23 MAC: Seorang pesakit dan petugas perubatan berdepan detik cemas apabila ambulans dinaiki mereka terbabas di Kilometer 49 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Jambu Bongkok di Marang, tengah malam tadi.
Oleh Rafiqah Rauf SHAH ALAM, 23 MAC: Sektor peruncitan berpotensi menjadi salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, kata Dato' Menteri Besar. Dato' Seri Amirudin Shari berkata, penganjuran seperti Festival Raya Selangor Havoc 2025 di Pusat Konvensyen Setia City boleh menjadi...
KLANG, 23 MAC: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional berjaya mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) atau hutang lapuk kepada RM120 juta tahun lalu berbanding RM380 juta sebelumnya.
SHAH ALAM, 23 MAC: Tidak sampai enam jam melakukan jenayah samun bersenjata api di kedai emas dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara petang semalam, seorang lelaki tempatan dipercayai suspek ditahan 10.15 malam tadi.
SHAH ALAM, 23 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Petaling Jaya, Bandaraya Diraja Klang dan Ampang Jaya di Selangor antara 20 Bandar Paling Bahagia Tahun 2025 menerusi Indeks Kebahagiaan Malaysia.
BANDARAYA GAZA, 20 MAC: Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa lalu, kata Kementerian Kesihatan wilayah itu hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.