KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Dua sindiket pengedaran dadah ditumpaskan polis dalam operasi berasingan yang dijalankan dari 16 hingga 18 April lalu di sekitar ibu negara melibatkan rampasan bernilai lebih RM450,000.
SHAH ALAM, 21 APRIL: Perjalanan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor menjelajah ke sembilan daerah menerusi program Gagasan Rumpun Selangor (GRS) akan dibukukan, kata EXCO perpaduan.
KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Balik Pulau, Pulau Pinang, pada 9 pagi hingga 12 tengah hari esok.
Oleh MUHAMMAD REY HAZRIELL SHAH ALAM, 21 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bersama Selangor FC, Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), Selangor Youth Community (SAY) serta Persatuan Bola Sepak Selangor...
KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penggunaan aplikasi MyDigital ID diperluas, khususnya bagi urusan pembayaran saman trafik.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Majlis Sambutan Aidilfitri DUN Batu Tiga meriah apabila kira-kira 2,000 hadir menikmati pelbagai makanan dan minuman disediakan.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Lembaga Zakat Selangor menawarkan insentif jom kerja (IJK) RM1,000 bagi asnaf berdaftar dengan agensi itu.
KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Pengarah teknikal skuad berbasikal trek kebangsaan John Beasley berkata Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak akan menyertai acara individu pada Kejohanan Dunia 2025 di Santiago, Chile dari 15 hingga 19 Oktober depan.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Polis merakam keterangan pengawal keselamatan dipercayai melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran berhampiran Hospital Banting, semalam.
KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak mahu terburu-buru menyertai kejohanan antarabangsa selepas lama berehat meskipun sudah mengumumkan kemunculan semula bagi mengelakkan kecederaan serius.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Kerajaan Selangor mengarahkan mesyuarat koordinasi melibatkan pihak berkuasa tempatan berkaitan serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dijalankan segera esok bagi menangani isu banjir kilat di Taman Sri Muda dan Taman Sri Andalas.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Orang ramai berpeluang mengelilingi kawasan sawah padi menghijau dengan trem dan beca elektrik di Festival Sawah Padi Sekinchan pada Sabtu dan Ahad depan.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Lembaga Tabung Haji (TH) akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis dalam membanteras penipuan pakej haji.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Selangor mencatatkan jumlah jemaah haji paling tinggi iaitu 8,338 orang, dengan daerah Hulu Langat mempunyai paling ramai bakal haji tahun ini.
ALOR SETAR, 20 APRIL: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam merampas cili 14,000 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM42,000 di Kompleks Kuarantin, Imigresen, Kastam dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Jumaat lalu.
IPOH, 20 APRIL: Seramai 136 individu termasuk 81 pelajar sebuah politeknik terkandas susulan jambatan ke Kampung Tisong runtuh mengakibatkan laluan keluar masuk ke Hot Spring Felda Sungai Klah, Kampung Tisong, Sungkai dan Buyong Mas Sanctuary Camp Site Sungai Klah (Sungkai) terputus, hari ini.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat diramal hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 3 petang ini.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengingatkan umat Islam tidak menganiaya sesama Islam dengan menawarkan pakej haji palsu dan mengaut keuntungan secara menipu.
KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Sebanyak 269 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM13.6 juta dirampas pasukan narkotik Bukit Aman hasil pemeriksaan ke atas sebuah rumah di sekitar Bandar Baru Sri Petaling di sini Isnin lalu.
PUTRAJAYA, 18 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Gasak mulai 1 Mei ini bagi membanteras penyelewengan subsidi gas memasak.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.