KUALA LUMPUR, 29 MAC: Penipuan ‘Love Scam’ merupakan antara kes jenayah tertinggi direkodkan dalam tempoh 2018 hingga Februari lalu dengan nilai kerugian lebih RM365 juta.
KUALA LUMPUR, 29 MAC: Individu yang didapati bersalah melakukan kesalahan menghendap tidak kira lelaki atau wanita kini boleh dihukum dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
SHAH ALAM, 29 MAC: Sembilan warga tempatan termasuk suami isteri ditahan polis kerana terlibat dengan sindiket mengambil upah melakukan jenayah khianat dan mengugut peminjam yang gagal membuat bayaran kepada along.
SHAH ALAM, 29 MAC: Polis sedang mengesan dua individu disyaki pasangan suami isteri dipercayai warga tempatan yang didakwa menggunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik seorang pesara kerajaan baru-baru ini.
KAMPAR, 29 MAC: Dua pelajar tahfiz memperoleh pengalaman berbeza apabila terpilih menjadi imam di Kampung Orang Asli Sungai Gapes, Sahom, di sini sepanjang bulan Ramadan.
GOMBAK, 29 MAC: Dato’ Menteri Besar menyantuni kira-kira 100 anak muda Gombak dalam program moreh di Cabin JKP Zon 8, Batu Caves malam tadi.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini, meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023), selepas rang undang-undang itu selesai dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa, sejak 27 Februari lalu.
BATU PAHAT, 28 MAC: Lelaki yang disyaki mencuri sebuah telefon bimbit maut, manakala tiga cedera dan seorang terselamat, dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong di sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 28 MAC: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baharu.
SEPANG, 28 MAC: Seramai 110 pegawai dan anggota Tim Misi Operasi Starlight II yang bertugas selama enam minggu di Hospital Medan Malaysia (HMM) menghulur bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye, selamat kembali ke tanah air hari ini.
SHAH ALAM, 28 MAC: Sejumlah 20,003 permohonan pertukaran guru kategori pasangan berjauhan diluluskan Kementerian Pendidikan dari 2016 hingga tahun lalu.
SHAH ALAM, 28 MAC: Ahli Parlimen Gombak mencadangkan pusat kecemerlangan yang berperanan mengkaji keseluruhan keperluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diwujudkan ke arah pemerkasaan bidang itu di negara ini.
KLUANG, 28 MAC: Isteri maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas makan hidangan ikan buntal.
KUANTAN, 28 MAC: Duda sanggup mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan membuat pinjaman peribadi demi cintanya kepada 'wanita' yang hanya dikenali di Facebook, hingga kerugian RM183,600.
Oleh DIANA ABD WAHAB SHAH ALAM, 28 MAC: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) melaksanakan kerja membaik pulih, ‘milling’ dan menurap semula jalan di daerah Klang pada 23 Mac lalu. Syarikat penyelenggara jalan negeri itu memaklumkan kerja baik pulih membabitkan Jalan Persiaran Sungai Pinang Pandamaran...
TAWAU, 28 MAC: Akibat meminjamkan kad pengenalan kepada orang lain dan gagal menunjukkan dokumen penting itu kepada pihak berkuasa, tiga individu dijatuhi hukuman penjara dan denda di Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 28 MAC: Juara Liga Super musim ini akan menerima wang hadiah kemenangan berjumlah RM2.4 juta menerusi sistem agihan pendapatan berasaskan merit 2023-2025 yang diperkenalkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
KUALA LUMPUR, 28 MAC: Jumlah kes muflis yang direkodkan pada tahun lepas menurun kepada 5,695 berbanding 6,554 kes pada 2021, kata Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
ALOR GAJAH, 28 MAC: Pesara kerugian RM194,210 akibat diperdaya sindiket penipuan yang mendakwanya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
KOTA BHARU: Pelajar Tingkatan Dua menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.