KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 240 kertas siasatan dengan 15 tangkapan berkaitan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dari 27 Julai hingga semalam.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas mencapai 81.8 peratus bagi kumpulan satu dan 23.9 peratus bagi kumpulan dua setakat jam 9 malam.
KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Kebimbangan jadi mangsa kemalangan atau paling tidak basah lencun ketika hujan yang dihadapi penunggang motosikal kini boleh dielakkan dengan pembinaan 119 tempat berteduh khusus buat mereka di seluruh negara.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Ahli dewan negeri berterima kasih kepada rakyat kerana memberikan mandat sekali lagi pada pilihan raya negeri semalam dan bertekad bekerja lebih kuat.
KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri semalam.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas mencapai 74.6 peratus bagi kumpulan satu manakala 15.2 peratus bagi kumpulan dua setakat 6 petang.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas mencapai 54.7 peratus bagi kumpulan satu manakala 15.2 peratus kumpulan dua setakat 3 petang.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengatasi aliran air keruh yang tinggi di Sungai Selangor, semalam.
GUA MUSANG, 13 OGOS: Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 73 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini tengah malam tadi.
KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketat kawalan keselamatan di lokasi strategik termasuk di istana negeri yang berkemungkinan menjadi tumpuan pihak tertentu sebaik keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diumumkan Sabtu ini.
SHAH ALAM, 10 OGOS: Polis menahan 101 individu warga tempatan termasuk 36 wanita, dipercayai anggota sindiket penipuan pelaburan dalam talian menggunakan khidmat panggilan, di dua lot premis perniagaan USJ 1, Subang Jaya, 7 Ogos lalu.
BUTTERWORTH, 10 OGOS: Bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan menghayati erti kemerdekaan, sekumpulan penduduk mengayuh basikal klasik sejauh hampir 10 kilometer di sekitar Sungai Dua di sini.
SHAH ALAM, 10 OGOS: Pembinaan klinik kesihatan lengkap dengan infrastruktur bakal dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali bagi memudahkan penduduk mendapat rawatan.
KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau lokasi pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini diingatkan merancang perjalanan susulan peningkatan trafik yang dijangka mencecah sehingga 1.9 juta kenderaan sehari di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).
SHAH ALAM, 9 OGOS: Pertubuhan Profesor G70 menyeru pengundi enam negeri supaya menolak calon yang menggunakan fitnah dan memainkan sentimen agama dan kaum termasuk melaga-lagakan rakyat.
KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Tindakan berani remaja lelaki meredah asap tebal untuk menyelamatkan kanak-kanak berusia lima tahun dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Sri Jelok, Kajang bulan lalu mendapat penghargaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.
KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Sebanyak 997 premis dan bangunan di Selangor yang digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) diperiksa secara berterusan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat.
KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Syarikat pengendali perkhidmatan p-panggilan memberikan komitmen untuk lebih telus, meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan golongan penghantar dalam penentuan dan pengiraan kadar upah bagi mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 9 OGOS: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah mahu memperkasa anak muda dan naik taraf infrastruktur sekiranya diberi mandat lagi mentadbir kawasan berkenaan.
JOHOR BAHRU, 9 OGOS: Wanita berusia 29 tahun meninggal dunia selepas dipercayai membuat rawatan di sebuah pusat kecantikan di Mutiara Rini, Iskandar Puteri, Rabu lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.