AGENDA

Kayuh basikal klasik dengan busana Melayu lama, bangkit nostalgia kemerdekaan

10 Ogos 2023, 7:53 AM
Kayuh basikal klasik dengan busana Melayu lama, bangkit nostalgia kemerdekaan
Kayuh basikal klasik dengan busana Melayu lama, bangkit nostalgia kemerdekaan
Kayuh basikal klasik dengan busana Melayu lama, bangkit nostalgia kemerdekaan
Kayuh basikal klasik dengan busana Melayu lama, bangkit nostalgia kemerdekaan
Kayuh basikal klasik dengan busana Melayu lama, bangkit nostalgia kemerdekaan

BUTTERWORTH, 10 OGOS: Bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan menghayati erti kemerdekaan, sekumpulan penduduk mengayuh basikal klasik sejauh hampir 10 kilometer di sekitar Sungai Dua di sini.

Malah, kumpulan lebih 30 individu itu turut mengenakan busana Melayu lama dan basikal juga dihiasi dengan Jalur Gemilang seakan-akan mengimbau kenangan lalu.

[caption id="attachment_597259" align="aligncenter" width="744"] Wanita turut mengayuh basikal klasik dengan mengenakan busana Melayu lama di Sungai Dua, Butterworth pada 10 Ogos 2023. Foto Facebook Bernama[/caption]

Penganjur program Semarakkan Merdeka Ahmad Fauzi Ismail, 62, yang memiliki lebih 40 basikal klasik dibeli sejak 1990-an dan semuanya masih baik berkata beliau menganjurkan kayuhan itu untuk membangkitkan nostalgia kemerdekaan dan menyemarakkan semangat kenegaraan dalam kalangan orang ramai.

Katanya, mereka yang menyertai kayuhan itu terdiri daripada penduduk sekitar dan paling jauh dari Bayan Lepas serta Balik Pulau, dekat sini yang turut membawa basikal klasik mereka untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 tahun ini.

[caption id="attachment_597260" align="aligncenter" width="784"] Konvoi 30 individu mengayuh basikal klasik sejauh 10 kilometer dihiasi Jalur Gemilang serta mengenakan busana Melayu lama turut menarik perhatian golongan muda di Sungai Dua, Butterworth pada 10 Ogos 2023. Foto Facebook Bernama[/caption]

"Program kita anjurkan ini sebenarnya untuk bangkitkan rasa nostalgia kemerdekaan dalam kalangan orang ramai terutama anak-anak muda, sebab itu kita pilih untuk kayuh di kawasan kampung dan taman untuk mereka (anak muda) lihat sendiri kibaran Jalur Gemilang supaya dapat semarakkan semangat patriotisme.

"Sebenarnya boleh dikatakan setiap Ogos, saya anjurkan program kayuhan dengan basikal klasik ini cuma kali ini sangat meriah kerana lebih 30 orang bersama-sama, malah ada dalam kalangan mereka berpakaian busana Melayu lama," katanya baru-baru ini.

[caption id="attachment_597264" align="aligncenter" width="749"] 30 individu mengayuh basikal klasik sejauh 10 kilometer dihiasi Jalur Gemilang serta mengenakan busana Melayu lama di Sungai Dua, Butterworth pada 10 Ogos 2023. Foto Facebook Bernama[/caption]

Ahmad Fauzi yang merupakan bekas pekerja kilang itu berkata koleksi basikal klasiknya dikeluarkan pada 1940-an dan 1960-an yang kebanyakannya berjenama Hercules dan Raleigh buatan England, dan pada program itu beliau turut menyediakan kenderaan beroda dua itu kepada mereka yang ingin menyertai kayuhan tetapi tidak mempunyai basikal.

Peserta Ahmad Hafizy Mohamad Idris, 33, dari Bayan Lepas berkata ini kali pertama beliau menyertai program sebegini dan membawa sendiri basikal klasiknya untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan sempena Bulan Kebangsaan ini.

[caption id="attachment_597258" align="aligncenter" width="790"]
Konvoi 30 individu mengayuh basikal klasik sejauh 10 kilometer dihiasi Jalur Gemilang serta mengenakan busana Melayu lama di Sungai Dua, Butterworth pada 10 Ogos 2023. Foto Facebook Bernama[/caption]

“Saya harap lebih ramai anak muda sertai program seperti ini pada masa hadapan. Mereka harus tahu dahulu ketika negara merdeka, basikal klasik ini antara kenderaan yang ramai orang guna untuk menyambut (kemerdekaaan)," katanya.

Sementara itu, Sarida Saidin, 46, berkata sebelum ini beliau aktif bersama komuniti Taman Ara Indah di sini menyertai perbarisan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, namun kali ini memilih kelainan dengan mengayuh basikal klasik beramai-ramai sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

- BERNAMA