ALOR GAJAH, 6 JAN: Mayat wanita tanpa kepala serta kedua-dua tangan dan kaki ditemukan dalam tong sampah di dalam longkang di jalan besar Alor Gajah - Tampin di Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini 31 Disember lalu.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Program Agro Madani anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sepanjang tahun lalu mencatatkan nilai jualan RM93.7 juta membabitkan penyertaan 74,800 usahawan.
TOKYO, 6 JAN: Angka kematian meningkat kepada 100 orang di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi mencecah 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu, lapor Xinhua.
SHAH ALAM, 6 JAN : Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di tiga daerah di Selangor hingga 4 petang ini.
SHAH ALAM, 6 JAN: Kira-kira 100 warga asing termasuk empat wanita ditahan dalam serbuan di sebuah kilang kitar semula memproses barangan terpakai di Kampung Jalan Kebun, di sini semalam.
SHAH ALAM, 6 JAN: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) tahun ini dijadual berlangsung 10 hari bermula 27 Februari ini.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Seramai 1,197 mangsa banjir di Johor berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini, meningkat sedikit berbanding 1,153 malam tadi.
KUALA SELANGOR, 6 JAN: Tindakan lelaki meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin masih hidup ketika membeli sarapan, mengundang padah apabila kenderaan itu dilaporkan hilang akibat dilarikan, semalam.
Pada 1985, saintis perubatan bio Charles DeLisi menamatkan perkhidmatannya di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Amerika Syarikat (AS) untuk menggalas tanggungjawab baharu sebagai ketua program penyelidikan kesihatan dan tenaga di Jabatan Tenaga (DoE).
SHAH ALAM, 6 JAN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kereta serendah RM10 sepanjang bulan ini.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan terutama barang basah sempena program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat hari ini.
Oleh NAS NORZIELA NASBAH SHAH ALAM, 6 JAN: Wakil rakyat Sungai Pelek terus berusaha menunaikan lima janji utamanya dalam memastikan penduduk kawasan itu menerima manfaat lebih baik pada masa hadapan. Ini termasuklah tumpuan meningkatkan promosi produk pelancongan agro Sungai Pelek seperti...
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan ‘Op Bantu’ bagi menyelaras penyampaian bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi lain kepada mangsa banjir terutama yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
PUTRAJAYA, 6 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah kilang memproses ubat batuk tiruan di Mantin, Negeri Sembilan dan menahan wanita berusia 38 tahun yang disyaki bertanggungjawab mengendalikan premis berkenaan.
PUTRAJAYA, 6 JAN: Tempoh penebusan bantuan e-baucar buku mahasiswa Kita Selangor dilanjut sehingga 31 Januari ini.
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Seramai 84 individu ditahan dan 6,297 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pengguna jalan raya dalam 137 operasi ambang tahun baharu di seluruh negara pada 31 Disember dan 1 Januari.
KAJANG, 3 JAN: Jenazah Menteri Penasihat (Hal Ehwal Ekonomi) di Kedutaan Malaysia di Bangkok Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang di sini.
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Keadaan banjir di Pahang pulih sepenuhnya dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Maran yang sebelum ini menempatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga ditutup malam ini.
JOHANNESBURG, 3 JAN: Kes genosid di Gaza yang didakwa dilakukan oleh Israel akan dibentangkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), di The Hague minggu depan, menurut seorang pegawai Kementerian Luar.
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Biarpun berbaki setahun lagi untuk dilaksana namun komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Madani bagi menambah baik skim upah lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam sedikit melegakan 1.6 juta petugas di seluruh negara.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.