KOTA KINABALU, 22 FEB: Lebih RM5 juta barangan bersubsidi yang diselewengkan dan cuba diseludup keluar dari negara ini berjaya dirampas dalam Ops Tiris 3.0 yang dijalankan dari 1 Januari hingga 15 Februari lalu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.
KUCHING, 22 FEB: Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud selamat dikebumikan pada 2.19 petang di tanah perkuburan keluarga di Demak Jaya, di sini.
SHAH ALAM, 22 FEB: Anugerah Peniaga e-Dagang Utama Malaysia (Top ECM) anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) diteruskan buat kali kesembilan dengan ganjaran hadiah bernilai RM100,000.
PETALING JAYA, 22 FEB: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mencadangkan kerajaan Persekutuan menyedia dana tahunan RM10 bilion bagi menyelesaikan isu pengurusan air tidak terhasil (NRW).
SHAH ALAM, 22 FEB: Sebanyak 2,000 ekor ayam sehari akan dijual di Jualan Ehsan Rahmah (JER) sempena program Madani Rakyat di Kuala Selangor bermula esok.
SHAH ALAM, 22 FEB: Pelbagai perkhidmatan kerajaan dan aktiviti menarik disediakan pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor, bermula esok hingga Ahad ini.
GAZA, 22 FEB: Aliran bantuan yang masuk ke Gaza dari Mesir hampir kering sejak dua minggu lalu dan kemerosotan dalam keselamatan menyukarkan pengagihan makanan.
PETALING JAYA, 22 FEB: Kira-kira 62 peratus tanaman di Malaysia terdedah ancaman bencana, menurut laporan yang disedia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
SHAH ALAM, 22 FEB: Lebih 40 ajaran sesat di Selangor yang dikenal pasti aktif menyebarkan ajaran songsang secara fizikal mahupun dalam talian dipantau pihak berkuasa di negeri ini.
Oleh NAS NORZIELA NASBAH AMPANG JAYA, 20 FEB: Selain membeli pelbagai barangan asas pada harga murah, pengunjung Jualan Ehsan Rahmah (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah berpeluang mendaftar dan mengemas kini maklumat di kaunter Sistem Pangkalan Data Utama (Padu). Pengurus Pusat...
SEREMBAN, 20 FEB: Polis menahan seorang juruteknik berusia 30an bagi membantu siasatan, susulan penemuan mayat isterinya dan dua anak perempuan tergantung di kipas dalam sebuah rumah, di Lenggeng, Nilai, semalam.
SELAYANG, 20 FEB: Pusat Khidmat Parlimen Selayang bercadang menganjur Jualan Ehsan Rahmah (JER) dua kali sebulan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang bagi memenuhi permintaan penduduk.
SHAH ALAM, 20 FEB: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menawarkan potongan harga hingga 15 peratus untuk pembelian karya terbitannya di Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur (KLAB) bermula Khamis ini.
KUANTAN, 20 FEB: Penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikhuatiri lemas selepas didakwa hilang ketika beriadah di air terjun Lata Hammer, Bentong dekat sini.
Oleh FARIDZWAN ABDUL GHAFAR Wujud sejak zaman logam, Klang antara bandar raya tertua di negara ini. Sejarawan Abdur-Razzaq Lubis dalam buku Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur menyebut ada penempatan Klang sekitar 2,500 tahun dahulu. Penemuan artifak seperti gendang, loceng Dong Son (foto 3)...
BALIK PULAU, 20 FEB: Lelaki warga Perancis sesat lebih lapan jam ketika menjalankan aktiviti mendaki di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang, semalam.
KUALA LUMPUR, 20 FEB: Capaian rangkaian 5G di Selangor kini 96 peratus hingga Disember lalu, kata exco pembudayaan inovasi.
ISTANBUL, 20 FEB: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 29,092 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikepung pada Isnin.
KUANTAN, 20 FEB: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut dekat sini kelmarin ditemukan lemas semalam.
SHAH ALAM, 20 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai di tiga lokasi hari ini mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.