AGENDA

Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada 29,092 orang, lebih 69,000 cedera

20 Feb 2024, 12:37 AM
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada 29,092 orang, lebih 69,000 cedera

ISTANBUL, 20 FEB: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 29,092 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikepung pada Isnin.

Sejumlah 69,028 lagi cedera dalam serangan berterusan itu, lapor Agensi Anadolu.

"Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Peperangan Israel ke atas Gaza menyebabkan 85 peratus penduduk di wilayah itu terpaksa berpindah, di tengah-tengah krisis kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah, menurut PBB.

- BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.