SEPANG, 25 APRIL: Pengurus syarikat agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh isterinya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap pengawal peribadi wanita itu.
HULU SELANGOR, 25 APRIL: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berazam menggunakan pengalamannya berkhidmat sebagai pegawai kementerian untuk memajukan Kuala Kubu Bharu.
KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Berang tidak dapat melepasi palang tol kerana tidak mempunyai baki mencukupi pada kad Touch 'n Go (TnG) dipercayai punca warga emas menghamburkan kata-kata kurang sopan dan mengugut jurutol seperti tular dalam video menerusi platform X baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 nyawa semalam.
HULU SELANGOR, 24 APRIL: Setiausaha akhbar menteri perumahan dan kerajaan tempatan diumum sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
KAJANG, 24 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor mencucuk sate ketika lawatan ke kilang pemprosesan Sate Haji Samuri sempena jelajah Rumpun Selangor Hulu Langat hari ini.
SEPANG, 24 APRIL: Tuduhan liar aktivis pembangkang dalam isu kelulusan tanah di Dengkil dipercayai bertujuan membina tanggapan negatif menjelang pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei ini.
IPOH, 24 APRIL: Jenazah lapan mangsa nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam, selesai disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Ipoh kira-kira 6 petang tadi.
SEPANG, 24 APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang empat unit kenderaan mikromobiliti e-skuter kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Selangor bernilai lebih RM55,000 hari ini.
PUTRAJAYA, 24 APRIL: Laporan interim mengenai tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak semalam akan siap dalam tempoh dua minggu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
SHAH ALAM, 24 APRIL: Inisiatif Kerajaan Selangor menganjurkan siri program Talaqqi Kitab Turath Islami termasuk membawa tokoh ulama dari Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni menerima pujian ramai.
LUMUT, 24 APRIL: Proses bedah siasat ke atas 10 mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selesai 2.20 petang tadi.
SHAH ALAM, 24 APRIL: Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, Isnin lalu.
KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi tadi.
LUMUT, 23 APRIL: Mayat 10 mangsa yang terlibat dalam nahas udara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut berjaya dibawa keluar dari dua lokasi bangkai pesawat tengah hari tadi.
SHAH ALAM, 23 APRIL: Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal ribut petir, hujan lebat serta angin kencang hingga 6 petang hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
PETALING JAYA, 23 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyeru penduduk daerah itu memuat turun aplikasi 3R Famili.
PUTRAJAYA, 23 APRIL: Malaysia mengecam serangan Israel terkini di bandar Rafah, selatan Gaza pada 21 April mengorbankan sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin yang tidak bersalah termasuk 18 kanak-kanak.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.