ad
AGENDA

Calon HARAPAN guna pengalaman bertugas di kementerian untuk bela penduduk

25 Apr 2024, 2:58 AM
Calon HARAPAN guna pengalaman bertugas di kementerian untuk bela penduduk
Calon HARAPAN guna pengalaman bertugas di kementerian untuk bela penduduk
Calon HARAPAN guna pengalaman bertugas di kementerian untuk bela penduduk

HULU SELANGOR, 25 APRIL: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berazam menggunakan pengalamannya berkhidmat sebagai pegawai kementerian untuk memajukan Kuala Kubu Bharu.

Pang Sock Tao, 31, yang mewakili DAP merupakan Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Dalam ucapan ringkasnya Sock Tao mahu menggunakan pengalaman bertugas di dua kementerian memajukan kawasan berkenaan.

[caption id="attachment_639403" align="aligncenter" width="897"] Pang Sock Tao, 31, Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan diumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 24 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya akan dedikasikan semua pengalaman saya di dua kementerian untuk terus berkhidmat kepada rakyat seterusnya membawa pembaharuan kepada kemajuan di Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Majlis pengumuman calon dilakukan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke di perkarangan Pusat Khidmat DUN Kuala Kubu Baharu, malam tadi.

Sock Tao, anak kelahiran Ampang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Khas di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 2018 hingga 2020 sebelum berkhidmat dengan Kor Ming.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong akibat barah pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN berkenaan pada 11 Mei ini, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal ditetapkan 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

[caption id="attachment_639411" align="aligncenter" width="896"] Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao (tengah) pada majlis pengumuman calon di Pusat Khidmat DUN Kuala Kubu Baharu pada 24 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.