SHAH ALAM, 25 JULAI: Status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat henti tugas sementara empat loji rawatan air (LRA) mencapai 83.5 peratus peratus setakat 7.30 pagi ini.
PETALING JAYA, 25 JULAI: Dua inovasi dibangunkan KDEB Waste Management (KDEBWM) iaitu aplikasi iClean Selangor dan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ATDReC) menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah PC.Com 2024, malam tadi.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan dapur pada harga murah diteruskan di empat lokasi hari ini mulai jam 10 pagi.
KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2024 (DPT BLN6/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini dan semakan dibuka selama 30 hari bermula hari ini, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.
KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Sindiket pelaburan tidak wujud yang mencari mangsa menerusi iklan di Facebook tumpas selepas enam ahlinya ditahan polis dalam serbuan 15 Julai lalu.
SHAH ALAM, 23 JULAI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghenti tugas sementara empat loji rawatan air (LRA) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.
KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemukan selamat di Selangor.
KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Proses membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh termasuk 124 pelajar dijangka selesai hari ini.
KUANTAN, 23 JULAI: Bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.
KOTA KINABALU, 23 JULAI: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengesahkan berlaku keracunan makanan membabitkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya, di sini, selepas perkara itu tular di media sosial, semalam.
IPOH, 23 JULAI: Dua remaja lelaki cedera ringan selepas terkena serpihan batu bata yang jatuh akibat runtuhan dinding sebuah pasar raya di sini semalam.
PUTRAJAYA, 22 JULAI: Pelaksanaan pengeluaran pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun kini berada dalam fasa akhir, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution.
KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka, berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SLIM RIVER, 22 JULAI: Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan kunci kereta dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4 di sini hari ini.
SHAH ALAM, 22 JULAI: Seramai 600 pengasuh dari rumah menerima latihan di bawah program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IMPAK) setakat ini.
AMERIKA SYARIKAT, 22 JULAI: Tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan menarik diri daripada perebutan jawatan presiden, lawannya daripada Republikan, Donald Trump mengatakan bahawa pemimpin itu 'tidak sesuai untuk bertanding' menjadi presiden.
PUTRAJAYA, 22 JULAI: Pentadbir di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.
SHAH ALAM, 22 JULAI: Kemunculan semula bapa empat anak dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat negeri berbaloi apabila beliau sekali lagi muncul sebagai juara.
WASHINGTON/ANKARA, 22 JULAI: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden semalam mengumumkan menarik diri daripada pilihan raya presiden AS dan menyokong Naib Presidennya Kamala Harris, sebagai calon Parti Demokrat.
SHAH ALAM, 22 JULAI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan dapur murah menerusi program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di empat lokasi hari ini bermula 10 pagi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.