Petugas KDEB Waste Management (KDEBWM) membersihkan longkang yang tersumbat di sekitar Taman Sentosa, Klang pada 17 Februari 2025.
kanak-kanak bermain catur ketika Karnival Kembali Ke Sekolah di Dewan Lindungan PJS 6/1, Petaling Jaya pada 16 Februari 2025.
Pempamer menunjukkan teknik telepuk pada kain di reruai pameran ketika majlis Pelancaran Buku "Telepuk: Forgotten Flowers of Gold" di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 15 Januari 2025.
Patung ular di atas bumbung Kuil Tian Hock Kung, Klang pada 7 Januari 2025.
Aksi petarung bagi kategori profesional 58kg, Fuad Izuan (Malaysia) (kiri) menentang Pong Buncheng (Kemboja) ketika Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani di Kompleks Muhibah Taman Nirwana, Ampang Jaya pada 29 Disember 2024.
Jambori Malaysia kali ke-14 dan Jambori Kenamaan Internasional Union of Muslim Scouts (IUMS) kali ke-8 peringkat Antarabangsa 2024 di Kem Bina Semangat, Hulu Selangor pada 26 Disember 2024.
Tukang jahit Dalius Kaja, 38, sedang menjahit dinding songkok ketika tinjauan Media Selangor di premis Songkok Malaya Seksyen 19, Shah Alam pada 5 Disember 2024.
Peserta memakai pakaian tradisional etnik Sarawak ketika majlis penyampaian hadiah Karnival Sukan MPP Shah Alam di Dataran Shah Alam pada 24 November 2024.
Pengunjung melihat replika model rumah Adhara ketika majlis Penutup Pilih Karnival Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Galeri Jualan Selangor Cyber Valley, Sepang pada 23 November 2024.
Wan Norsaiza Wan Hasnan, 51, memetik cili hasil Projek Fertigasi Cili Besar (Sakata 461) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat, Inisiatif Usahawan Tani (IPR INTAN) di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 18 November 2024.
Saingan sengit antara pelumba Ducati Lenovo Team Francesco Bagnaia (kiri) dan pelumba Prima Pramac Racing Jorge Martin ketika perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang pada 3 November 2024.
Aksi pelumba Prima Pramac Racing Jorge Martin yang menjuarai perlumbaan Tissot Sprint pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 2 November 2024.
Sesi latihan bebas sukan MotoGP pada saingan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia Petronas 2024 di Litar Antarabangsa Sepang pada 1 November 2024.
Persembahan Dato' Jamal Abdillah bersama Dato' Francissca Peter ketika Pesta Rentak Selangor: Konsert Nostalgia Irama 80an Evolusi Musik di Wisma MBSA, Shah Alam pada 27 Oktober 2024.
Reruai pameran kedai peralatan muzik vintage ketika program Pesta Rentak Selangor 2024 : Evolusi Nostalgia Irama 80an Evolusi Muzik di Wisma MBSA, Shah Alam pada 27 Oktober 2024.
Pekerja Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memasang kanvas sementara di lereng tanah runtuh bagi mengelakkan hakisan berlaku di Taman Melawati, Ampang Jaya pada 16 Oktober 2024.
Aktiviti berkayak di Taman Tasik Millenium, Hulu Selangor pada 13 Oktober 2024.
Pempamer menunjukkan alat pemeriksaan tahap kebersihan udara ketika majlis Perasmian Klang Sustainable Convention 2024 ESG FOR SDG di Dewan Majlis Bandaraya Diraja Klang, Klang pada 10 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Pengunjung melihat koleksi buku di reruai Buku Ibde ketika Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam pada 5 Oktober 2024.
Orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan ketika program Mini Karnival Kesihatan Malaysia Madani di Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat pada 29 September 2024.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.